Visitor

6.2.13

Rapid Shooting di Kuala Tahan / Taman Negara

rentetan dari entry sebelum. doa selamat.

so,lepas lunch laju-laju,kitorang satu family gerak ke Kuala Tahan.perjalanan makan masa 40 minit hari tu.sampai kat sana,apa yang aku dapat tahu,hasya muntah dalam perjalanan.hasya naik kereta abah aku dan duduk beriba dengan hilman.kesian betul.

nasib baik rifdi pulak okay sebab dia demam masa kitorang bersiap-siap nak gerak tadi.lagi la kesian sebab sepanjang perjalanan dia tidur je atas riba aku.tapi mulut tetap berbunyi "abang nak naik kapal (bot)".

destinasi pertama adalah Wan's Restaurant.owner dia kenalan aku.so,kitorang akan naik bot kepunyaan dia.sebab tu bleh kowtim harga.owner kata bayar duit boatman dengan duit minyak je.so,terima kasih Ngah.

mula-mula sampai dah jakun anak-beranak.
tapi rifdi tetap tak bermaya.series kesian.aku ingat nak tinggal je kat
restoran terapung belakang tu dengan rifdi.tapi tak best pulak kot.

hasya - acu - hilman - emak

lepak-lepak tunggu bot sampai

sebelum naik bot

kakak i 

muka budak demam yang ketat habisss

acu & cik aiza


mak & makteh
yang kat belakang tu anak branak menjeling nak bergambar jugak

santai

cik ina pegang hasya.


dah time kat jeram,encek ejang pesan kat boatman suruh basahkan semua orang dalam bot.diorang saje je enjut-enjut bot bagi air masuk ke dalam bot.menjerit-jerit semua orang terlampau terkejut sebab kena simbah air jeram macam tu.wahaha.kakak aku yang pegangkan hasya kata hasya time kena simbah dengan air,dia tepuk tangan je.last-last dia nangis.sejuk kot.wahaha.last-last sampai satu tempat,encek ejang mintak boatman stop skejap bagi chance family aku main air sungai.

rifdi pun masuk jugak.hilang kisah demam dia. -_-"

suka sangat la budak ni dapat main air sungai


gambar tu je dibenarkan.adik aku siap terjun pakai spenda je.tu pun sambil membebel-bebel kata lain kali citer la bleh main air.bleh bawak spare.kuikuikui.

siap main,cepat-cepat kitorang balik plak sebab pikir adik aku punya tiket bas jam 7.30 pm.

after dah berbasah-basahan,semua salin baju nak balik pulak.

pengantin lama sempat buat outdoor photoshoot.
haha

nampak tak gambar aku?
tu..jauh kt bawah.cinonet je.



okay.rumusannya,semua yang pergi kata nak repeat lagi.sronok la tu dah terkena air sungai pahang.hiwhiwhiw..*gelak gedik*

next time kita naik jambatan gantung (walkway canopy) kat Taman Negara pulak ye?



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. memang boleh mandi ke kat Kuala TAhan tu? kalau naik bot tu, pastu dia bawak round2 ah? hmmm... menarik untuk diterokai nih

    ReplyDelete
  2. boleh.biasa kalau orang pergi guna pakej,dia bawak skali naik walkway canopy,lalu kat 7 jeram lepas tu stop kat jeram yang boleh mandi.

    aku pernah join pakej gitu masa belum kawen dulu.memang syok ahh..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...