21.2.13

you are what you eat #2

rentetan merepek pasal kegemukan di entry sebelum. flashback please.


aku suka mengkaji dan melaksanakan percubaan untuk kurus.
diet memang bukan jalan terbaik.tapi kawal makan mungkin.
err..diet dan kawal makan bukan satu perkara yang similar ke?

berbalik pada kawalan makanan.sebenarnya,otak aku berpendapat manusia tak perlu diet untuk kurus tapi kawal pengambilan makanan.sebagai contoh,badan aku yang agak err..tough dan perkasa ini memerlukan kalori yang banyak berbanding orang yang kurus kecik dan petite.amboih pak hang.

dan sebenarnya aku perlu kawal makan.bukan berhenti makan.aku patut lebih sedar pasal kesihatan badan,bukan fikir untuk kuruskan badan.dan paling penting,aku perlu tahu apa yang badan aku perlukan.paham tak oih?berbelit belit dah aku ni hah.

aku mulakan dengan mari google makanan yang bersesuaian dengan darah aku memandangkan aku mengalami masalah kegatalan kulit yang agak kurang normal.fyi,aku pernah pantang ayam sebab abah aku la yang bising kata aku gatal sebab makan ayam.serius duddde! 2 bulan tak makan aku dapat semula kulit yang cantik dan gebu.tapi fahamilah,orang kalau dah cantik memang mudah lupa diri.aku makan semula ayam dan terimalahh.. aku gatal semula tangan dan kaki.

duddd!apahal kau duddd?

dan ini adalah hasil google untuk perempuan tough yang berdarah O ini.


Hasil 1 :

Sistem pencernaan pemilik darah o lebih sesuai dengan pengambilan protein haiwan yang dominan. Namun, tuntutan ini membawa akibat yakni munculnya ketosis sebagai hasil metabolisme kemasukan makanan yang tinggi protein dan lemak dengan sedikit kemasukan pati. Kemasukan protein dan lemak yang berasal dari sumber haiwan diubah oleh tubuh menjadi sebatian keton, yang dimanfaatkan sebagai sumber tenaga dan sumber gula untuk mengekalkan kadar gula darah.

Untuk meminimumkan kesan buruk ketosis, pilihlah sumber haiwan dari haiwan organik dan kurang mengandungi lemak. Selain daging lembu dan ayam, anda boleh mengisi sebahagian besar kemasukan makanan sumber haiwan dengan ikan. Makanan hasil laut terutama ikan dan rumpai laut membantu mengendalikan berat badan anda kerana kandungan iodinnya yang tinggi.

‘Diet Sihat Bagi Golongan Berdarah O’membantu anda untuk berdiet yang selamat serta mudah tanpa perlu membataskan pengambilan makanan terutamanya bagi golongan berdarah o.


sumber :  http://www.sambooks.com.my (KLIK SINI)


Hasil 2 :


Fakta makanan orang berdarah O
    • Sistem pencernaan lebih sesuai dengan pengambilan protein haiwan (daging haiwan). Pengambilan yang tidak seimbang boleh menyebabkan ketosis. Untuk meminimumkan kesan ketosis, pilih daging yang organik atau daging ikan. Kandungan iodin dalam daging ikan boleh membantu mengurangkan berat badan
    • Ambil buah dan sayuran secukupnya (3-5 biji sehari)
    • Kurangkan sumber makanan karbohidrat seperti nasi
    • Kena rajin bersenam
    • Mengambil produk kekacang seperti tempe (soya yang tidak difermentasikan tidak baik untuk kesihatan).  

    Makanan yang meningkatkan berat badan orang berdarah O 

    • Tepung gandum dan Jagung - gangu fungsi insulin dan memperlahankan metabolisma
    • Kacang merah - ganggu pemanfaatan kalori
    • Kobis, kobis bunga, dan sawi - ganggu fungsi hormon tiroid

    Makanan yang baik untuk menurunkan berat badan orang berdarah O
    • Rumpai laut - tingkatkan penghasilan hormon tiroid
    • Hasil laut - ada banyak iodin dan menambah penghasilan hormon tiroid
    • Hati - sumber vit B dan meningkatkan metabolisma badan
    • Daging - Tingkatkan fungsi metabolisma. 
    • Bayam, brokoli dan kailan - Tingkatkan fungsi metabolisma. 




    Hasil 3 :


    Diet Untuk Golongan Darah 'O'
    Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
    Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
    Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
    Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
    Ciri khas golongan darah O:
    • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
    • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
    • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
    • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
    • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
    Menu diet yang dianjurkan:
    Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
    Snek: Teh herba
    Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
    Snek: Sepotong kuih
    Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


    Sumber :  http://www.iluvislam.com (KLIK SINI)


    Hasil 4 :


    Apakah jenis darah anda?

    Tahukah bahawa selain mengamalkan pengambilan makanan seimbang, pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan sesorang itu?
    Google Image

    Sebenarnya saya sudah tahu akan hal ini, lama dulu tetapi tidak pernah ambil kisah dan saya makan apa sahaja yang saja mahu makan tanpa mengambil kira sama ada makanan tersebut sesuai dengan jenis darah saya atau pun tidak. Baik, hari ini saya ingin kongsikan sedikit info penting untuk saya yang berdarah 0. Semoga jadi panduan ketika memilih makanan kepada semua yang berdarah sejenis dengan saya dan juga UNTUK SAYA SENDIRI. (*_*)

    Ciri khas golongan berdarah 0:
    -  Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
    -  Mudah mengadaptasi berbagai makanan 
    -  Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
    -  Disarankan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat
       (Daging, buahan, ikan dan sayuran)
    -  Golongan yang berisiko mendapat radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika
       makanan yang diambil tidak sesuai
    Sumber: Baca Sini
    Dalam sumber lain pula iaitu sedikit ringkasan dalam buku bertajuk DIET SIHAT untuk golongan berdarah O tulisan Wied Harry Apriadji & Mazlina Ismail, menyatakan begini:
    Makanan yang merangsangkan peningkatan berat badan bagi kumpulan darah O adalah seperti tepung gandum, jagung merupakan bahan yang mengganggu efisiensi fungsi insulin serta memperlahankan kelajuan metabolisme. Manakala Kacang Merah dan Navy Bean, Kacang Dal mengganggu pemanfaatan kalori dan metabolisme zat gizi. Sayur seperti sayur kubis, kubis brussels, kubis bunga dan sawi merupakan sayuran yang mengganggu fungsi hormon tiroid dalam badan bagi golongan yang berdarah jenis O.
    Makanan yang membantu penurunan berat badan adalah Rumpai laut (kelp), makanan hasil laut dan garam beriodin adalah makanan yang dapat meningkatkan produksi hormon tiroid serta mengandungi zat iodin. Manakala hati, daging ternak seperti lembu, kerbau, biri-biri dan rusa mengandungi sumber vitamin B yang tinggi dan dapat meningkatkan efisiensi metabolisme dimana meliputi pencernaan makanan, penyerapan sari makanan serta pembuangan sampah makan dan sampah metabolisme. Begitu juga sayur bayam, brokoli dan kailan.
    Sumber: Baca Sini
    Baca blog ini yang juga ada menulis tentang diet untuk golongan berdarah O:Furdunesia







    Kesimpulan :

    1. nampaknya aku kena banyak makan daging dan ikan.ayam langsung tak disebut maka betul la ayam memang bukan makanan yang sesuai untuk orang berdarah O.

    2. perlu banyak makan kekacang serta tempe (rasa nak tag ko je rock!).soya adalah tidak baik untuk kesihatan.

    3. musykil pulak.Hasil 2 & Hasil 4 kata brokoli bagus untuk menurunkan berat badan.tapi Hasil 3 kata perlu hindari brokoli.err..mana satu ni? -- dahla brokoli tu favorite i.

    4. rumpai laut & makanan laut bagus untuk menurunkan berat badan kerana mengandungi zat iodin.ah sudahlah.realitinya kalau makan seafood la kulit aku jadi gatal.rumpai laut?..baiklah.aku akan cuba.



    let's try duddd! -- good for our health

    untuk korang yang berdarah jenis lain dan nak tau apa diet terbaik untuk korang,sila klik SINI.
    takpun sila google dengan lebih banyak untuk pengetahuan sendiri.tak susah nak tuntut ilmu sekarangkan? iklan tetiba.


    motif?




        kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

    7 comments:

    1. as salam sis.. setuju dgn pendpat kejar sihat berbanding dr kejar nak jadi kurus. kalu dh kurus pun, tp tak sihat, tak best gak. jadi jemput ke blog aye ni hah... utk tips sihat dan cantik. Happy reading! I folo u.. jom folo me too! :D TQ!
      http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/

      ReplyDelete
    2. beb... jangan lupa google jugak pemakanan ikut sunnah Nabi... kadang2 sains kata benda tu elok, tp Nabi tak amalkan pun, maybe ada sebabnya.

      jadi, amalkanlah makan daging kambing. eh... tetiba? aku suka kambing. hahahaha

      ReplyDelete
    3. ibu ilyanie (hey,macam bercakap di indonesia).

      yup.i realized,sebenarnya nk dpt kurus mcm anak dara is sgt impossible.so,i made up my mind supaya lebih kepada menjaga makan untuk kesihatan.maybe dpt kurangkan lemak berlebihan bila jaga makan ni kan?..

      ReplyDelete
    4. fieza;

      oh.thank you for remind me about that.insya Allah,akan aku kajikan juga nanti.

      ReplyDelete
    5. beb.... 1 lg tips konon... rajinkan minum air masak. letak 1 botol tepi meja opis ko.

      kalau tak biasa, mula2 mmg akan tak minum. tp bila dia dah ada, mula la gatal je mulut nak capai botol air tu. tp pastikan botol tu sentiasa penuh la dengan air. [tu aku la masa memula dulu].

      kalau terasa nak ke toilet je buang air takpe.. layan je. dia menyingkirkan sisa toksin dlm badan kan. lg 1, dia akan buat ko tak rasa lapar sangat. insya-Allah...

      do try k.. hihihi

      ReplyDelete
    6. beb.ko mesti taktau kan actually aku mmg ada sebotol besar air masak yang mmg aku minum 2 botol officehour..aku refill setiap pagi dan setiap after rehat.confirm habis sebab aku mmg kuat minum air.

      sebab tu org cakap aku ni gemuk air! -- HAHAHAHAH.

      ReplyDelete
    7. ooooooooooooooooooooo....
      kalau gitu, no komen la...
      hahahahahahahaa

      ReplyDelete

    ini kotak komen. bukan kotak romen.

    POPULAR POST