20.2.13

you are what you eat

aku memang teringin nak kurus semula.taknak la macam zaman sekolah dulu yang keding kurus kering macam zomba tu.dapat shape awal masuk keje dulu pun dah besar rahmat.

paling besar rahmat kalau dapat berat masa mula masuk keje taun 2006.okay.kita berbalik pada tahun dulu sebentar.

.
bukti kukuh ini gambar 2006


masa ni berat 56kg.kira dah berat tu dude sebab masa aku study kat polisas dulu berat aku around 48-49 taknak naik-naik! -- okay.maybe sebab bila dah keje berat naik sikit kot.takpun sebab time tu dah ada boyfriend.oih gedik tak memasal.

tapi sekarang nak buat nombor terbalik iaitu 65 pun rasa ringan lagi.kira kau anggap jela berat aku sebenarnya dah lebih dari 65kg -- sentap tak bila tengok balik perbezaan berat dulu dan sekarang?

ceh.menangis la kalau mengenang kembali perut yang kempis,pinggang yang ramping,peha yang langsing,lengan yang halus,leher yang jinjang.pehh.memang menangis bila pikir camne shape tu boleh hilang.arghh!

paling berat : 82kg.
itu time pregnantkan rifdi.anak pertama.lain cerita.


nak diet memang jauh sekali tak dapat.nak try atkins diet pun,ya Allah seksanya.perut aku ni kalau tak makan nasi 2 hari mungkin boleh tahan lagi.tapi kalau diet carbo,tolak mee,bihun,roti -- aku pikir aku boleh mati.pandangan orang yang memang hantu makan.apatah lagi hantu ambik gambar makanan.

aku cuba kawal makan.aku try light breakfast contoh macam makan kuih + nescafe atau pau + nescafe sebab aku tau,lunch nanti aku akan ambik nasik.let say aku memang everyday tapau nasik kukus.malam nanti pulak aku makan nasi lagi.tapi tak berkesan mana.aku baca dalam 2 minggu je aku merasa makan macam tu.sebab office aku selalu buat makan-makan nak-nak makan berat di pagi hari.salahkan office pulakkkk.

lepas tu aku try pulak ambik heavy breakfast di pagi hari.skip lunch tapi tetiba petang dah lapo.makan pulak.makan awal petang lepas tu tetiba tengah malam nanti aku akan lapar balik.sudahnya around 11-12 am,aku dengan suami pakat-pakat bakar roti la,makan megi la.ataupun hentam junk food.lagi teruk.

aku memang cuba kawal makan.aku cuba untuk makan dalam kuantiti tak banyak.lepas tu kalau malam berniat nak makan sikit.atau tak makan langsung.alih-alih bila dah kat rumah,anak dengan suami ajak makan sekali.lauk tak habis lepas tu suami pun bagi arahan "habiskan lauk".terus dengan rakusnya aku habiskan pulak lauk.pernah sekali dia beli siakap 3 rasa,dia boleh tinggalkan kat aku sebelah ikan tu! -- dia plak boleh makan sebelah lagi kongsi dengan anak-anak.tapi bila turn aku? --"

sebab tu orang tak pernah kata dd nampak kurus buat masa sekarang ni.
yang aku dengar cuma eh.abang kau (encek ejang) nampak kurus.
dimanakah keadilan? pffftttt...

aku pernah try produk macam krim pelangsingan.satu badan aku sapu,tapi sikit pun takde perubahan.nak try untuk kali kedua?takla kot.cukup aku try sekali takde perubahan,aku rasa kalau aku try botol kedua tetap takde perubahan maka baiklah aku sambar levi's selai.lagi seronok.

nak ambik ubat atau supplement untuk kurus juga jadikan aku takut.selain dari faktor ditakut-takutkan oleh keluarga sendiri yang kata jangan makan itu ini,bahaya pada buah pinggang,hati dan organ dalaman,aku juga pernah terbaca yang supplement untuk kurus ni kena ambik sepanjang masa.ibarat kalau kau ter'skip,lepas tu badan mudah naik.lagi menakutkan sebab aku tak suka kalau hidup terlalu bergantung pada sesuatu contoh ubat.memang nampak macam aku ni bersifat negative thinker tapi itulah hakikatnya.kita kena fikir kesan yang tak elok akan datang.bukan untuk jangka masa pendek.




errr...

nampaknya aku dah lari topik.sepatutnya aku tulis pasal makanan yang sesuai dengan badan kita.sebab kita je tahu apa yang badan kita boleh terima atau tak.yes.you are what you eat.nampaknya dah lari jauh ni.kena stop dulu.takut makin ke laut nanti..


ps : nampak sangat tak pandai tulis entry bermotivasi sebegini.

pss : siap nak explain lagi tak pandai menulis

psss : sudah.sudah.berhenti please.




    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

9 comments:

  1. tula...kita sama...suka makan, pastu cukup susah nak diet..

    cuma kurgkan manis2 la kot...at least tak bertambah lagi berat kalau pun tak turun...hehehee

    ReplyDelete
  2. wah.... berat anak dara ko seksi ah... sangat nampak kurus nyer itu... chaiyok chaiyok...

    ReplyDelete
  3. cik kancilbiru,

    iye la.kali ni nak kontrol makan pun atas sebab janganla badan ni kembang lagi.cukup la terseksa nak bergerak ni..

    ReplyDelete
  4. fieza,

    ye.kalau zaman skolah dulu aku sama keding ngan kau je.tetibe di kala umur begini aku dah jadi macam raksaksa.tapi kau masih begitu.

    'sigh'.

    ReplyDelete
  5. beb... aku masih anak dara trang tang tang... ko jgn compare la ngn aku. tgu aku beranak 3 besok, apa nasib aku... T___T

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. fieza,

    ok.sebab kau masih trang tang tang,aku tak jadi compare.tapi aku nak compare antara aku dgn rita rudaini.anak 2 tapi masih slim.

    kan?

    ReplyDelete
  8. ok... yg ni boleh... barulah adil dan saksama. juga sebagai pembakar semangat. chaiyokkk

    ReplyDelete
  9. membakar semangat dari segi menjaga badan la ye.hahahaha..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST