Visitor

8.2.13

haifa #24

budak.memang suka ikut apa yang kita buat.
apa yang diorang nampak kita buat,pakai,semua dia nak ikut.nak-nak kalau budak perempuan,idola mesti la ibu.kalau elok perangai ibu,elok la perangai anak.

tapi kalau tak elok tu,jangan cakap ikut ibu plak ye.kuikuikui.

haifa memang banyak nak tiru aku.nampak aku ber-makeup yang tak berapa ni,dia mintak nak pakai lipstick.aku sapu lip balm je.

nampak aku pakai compact powder pun dia mintak tapi aku bagi yang kosong punya.memang dah standby.tau anak suka main.

dan kalau dia nampak tudung pun dia nak pakai macam aku.bagusla.

dan baru ni dia nampak plastik aku keluarkan dari handbag.

"ibu.apa tu?".

"ibu beli tudung."

"tudung baru?..nak!"

aku sarungkan.bleh pulak inner tu ngam-ngam muka dia.aku pakaikan la.suka kemain.

ni boleh menangis kalau mia sara tengok haifa lagi comel ni.
hakhakhak.

hihihih


yang tak menahan tu dia siap solat lagi..

"Allahu Akbar". -- angkat takbir

"Amin". -- baca doa.

siap baca doa tangan letak dalam tudung lagi.comel.

tengok.tengok.

tapi kalau tanya,macam siapa?
dia jawab; "macam atok" -- pengasuh dia.

yela.atok jaga dia setiap masa.mesti la ada jugak perkara kebaikan yang dia ikut.

semoga jadi anak yang solehah.rock takpe,janji solehah dan ingat Tuhan.
Amin.



p/s : haifa demam semula.kesian betul kalau time dia demam ni sebab kuat merengek.tak daya aku!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...