Visitor

18.2.13

bayi lambung

pagi tadi masa tengah syok dating sambil breakfast kat kedai makan,tetiba aku terkedu baca berita kat paper.cerita pasal budak 4 bulan kena lambung dengan amah.nasib baik tuan rumah pasang cctv sebab tu la kisahnya amah tu terkantoi.

yang sedih sangat tu sebab kes berlaku di Kuantan.ibu pada baby tu cantik.muda lagi.serius aku kagum tengok ibu dia lagi dari baca cerita tu.

masuk ofis.on fb dan tengok, rata-rata orang post video baby 4 bulan tadi kena lambung.berdasarkan komen semua macam biasa,maki dan mencarut kepada amah lahanat tu.aku tak sudi nak menonton,apetah lagi nak join memaki kat komen-komen.rupanya video ni dah keluar dalam tv3 malam tadi.*ceh.nampak sangat tak tengok berita tv3.

sekali masa scroll down,ada plak akak opis aku nampak aku dok hadap video tu tapi tak klik.bleh dia tanya, "tu video budak kena lambung semalam ke?".oh.rasa nak menipu tapi sebab aku ni keturunan orang baik-baik,aku batalkan niat tu.dah terpaksa pulak join akak-akak ni tumpang tengok video tu.tak pasal-pasal terjebak.




jangan cerita la.bunyi jeritan penonton saja dah membayangkan betapa nak pengsannya aku tengok baby tu kena lambung macam tu.menangis aku.lembutnya hati mak budak macam aku ni.macam agar-agar puding.menangis kat opis plak tu.sebab tu aku taknak tengok.grrr.

gila lah!macam bantal je dia buat budak tu.lambung ke depan.ke belakang.macam anak kucing.

dalam hati aku cepat-cepat beristighfar.aku pikir,aku pun ada masanya angin jugak dengan anak-anak.ada masa bertepuk tampar jugak dengan budak.tapi takde la sampai tahap mendera.doa aku,semoga jangan la aku jadi macam amah tu.stress pun,tapi jangan la jadi manusia yang macam takde pedoman tu.

seram.semoga anak-anak aku dijaga dengan baik oleh pengasuh-pengasuh mereka.




psst : pertama kalinya video macam ni mencemar duli kat blog aku.






٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. aku tgk thru berita. mmg tak sanggup tgk budak tu kena baling2 mcm kucing. baru 4 bulan. mak budak pun baru je lepas habis pantang. amah tu pun baru 1st day keje. nasib mak dia psg cctv yg smbg terus ke phone. kalau tak, tak tau lah apa nasib anak dia... T__T

    bayar amah mahal2, ini balasan dia. harap amah ni masuk penjara lama sikit. biar dia tau. senang2 je igt nk msk Malaysia? tlg la hormat sikit.

    ReplyDelete
  2. fieza,

    lupa nak komen balik.hahah.yela,tak reti respect langsung.at least nak jaga budak tu biar berakal sikit.aku yang garang nak mampos ni pun tak sudi tengok budak kecik kena lambung gitu.

    kena penjara 20 tahun.apesal tak penjara je sampai mati.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...