Visitor

5.2.14

down gila

balik dari kuantan semalam,kalau pikirkan balik memang dalam sejarah.aku sampai rumah jam 6.30 petang.awesome sungguh keawalannya.

tapi walaupun sampai awal,aku diberikan dugaan bertalu-talu.hoh.hiba gua rasa.sentap sampai ke tulang hitam.

1. park je kereta dalam porch terus mata pandang ke pokok.ala..pokok lada layu.sedih hati gua.ejang pergi mandikan pokok serta belai-belai pokok.alahh..manja.

2. masuk rumah,tengok apahal bersepah tepi bucu pintu ni?check tengok..alahaii.cat dinding terkopek.baru setahun rumah aku ni.takkan cat dah jahanam?alahaiii..sapu jela habuk habuk cat tu.

3. bukak pintu bilik nombor 3, tengok.eh,apehal lagi habuk habuk kayu ni?rupanya pintu sudah kena kerik.entah apa yang kerik pun taktau.habis bawah pintu.cacat.sapu jela habuk habuk tu.

4. ambik kain yang tak berbasuh lastweek,terus masuk washing machine.sekali on,tak nyala jugak.ah sudah.rosak pulak mesin ni.ktang!ktang! (bunyi kaki tendang mesin).kain banyak ni hoii.

5. masa masak untuk dinner,aku dengar bunyi anak kucing.since lastweek kot aku dengar.sebab nak siasat jugak,aku pergi belakang jenguk dalam kotak.ada pulak anak kucing sekor.alaaaa..kesiannya.suara dahla macam petir.aku bancuh susu dan bagi dia.kesian.entah mana ibu dengan adik beradik.buat masa sekarang,aku letaklah dulu kat belakang tu dalam besen beralaskan kain.harapnya ibu dia datang.bukan aku tak suka kucing,tapi aku malas nak cara.jangan memain woh.bela kucing tak jaga makan dia berdosa wooo.

6. sampai pukul 2pagi aku tahan mata melayan ejang tengok tv.sekali bila masuk bilik,aku baring,terus tak sedar sampai pagi.tak sedar apa dah.kesian laki aku. T-T



No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...