Visitor

26.2.14

Resepi Sos Cheezy

biasa makan wedges dengan mayonis je.kali ni aku nak buat style kfc pulak.terliur wey teringat cheezy dia tu.aritu baca resepi kat satu blog ni.menarik gila so aku try la buat kat dapur aku tu.tapi tu la,bangsa aku ni baca resepi ingat ingat lupa.jadi sos cheezy tu tak mantop kebaboom.

maka hari ni akan aku repeat balik buat ikut resepi sebenar.so kalau korang nak try silakan guna resepi yang aku bagi ni.




Bahan-bahan :

1 1/2 Mentega
1 Sudu Besar Tepung Gandum
250ml Susu Segar 
Garam secukup rasa ( kalau korang nak masin, letak banyak sikit )
1/2 Sudu Besar Serbuk Cili
1/2 Sudu Besar Serbuk Lada Putih
Cheesedale 
Pewarna Kuning ( Boleh guna kuning telur )

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.

2. Masukkan 1 sudu besar tepung gandum dengan susu fresh cream ikut suka hati.kacau cepat-cepat untuk elakkan dia berketul-ketul.

3. Masukkan 1/2 sudu besar serbuk cili dan 1/2 sudu besar serbuk lada putih. Depends la samada nak pedas ke,taknak pedas sangat ke.

4. Masukkan cheesedale. Ni pun depends la nak letak berapa, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. Aku letak 3 keping.Kedekut sangat gayanya. 

5. Kacau kacau jap pastu letak pewarna / kuning telur.

6. Tutup api dan boleh simpan sos cheezy tu dalam tupperware.letak dalam fridge untuk kesenangan korang lepas ni.




itu cara nak buat sos cheezy.
nak sediakan cheezy wedges pulak senang je.

Bahan nak sediakan kentang tu mudah je.

Bahan-bahan :

Kentang frozen (kat pasaraya banyak okehh) 
Mayonis

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dan isi minyak.Goreng kentang macam biasa.

2. Angkat dan tos minyak.Hidang dalam pinggan paling cantik kat rumah.

3. Isi mayonis & isi sos cheezy tadi ikut kreativiti masing masing.Hidang.

4. Dan boleh ambik gambar untuk upload dalam instagram/facebook/twitter/blog dan segala laman social.kahkahkah.*tuju ke diri sendiri*



5. Dimulakan dengan bismillah... dah.dah.korang dah boleh makan.


senang tak?senang tak?
ok.boleh share.


resepi dimintak dengan baik dengan tuan blog : BELL

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...