18.2.13

Tutorial : Masalah Dalam Facebook

aku kerap didatangi soalan oleh officemate/member rapat pasal facebook.antaranya ialah :

1. camne nak blah dari page yang annoying
2. camne nak blah dari group yang diorang sendiri taktau bila masa join group tu
2. camne nak buat kalau menyampah sangat dengan kenalan ni.nak remove/block takut berasa hati.


ok.aku ada penyelesaiannya.memang rata-rata yang tanya aku ajarkan.so,sekarang tibalah masanya aku share dengan korang semua pulak.

are you ready guys?
yes.sila klik tab di atas dan bukak fb memasing.dengar perintah.


1. Remove dari page yang annoying

Kadang-kadang,dalam tak sedar kita mudah sangat nak tekan button "LIKE" ni.sampai tak sedar yang kita tekan button tu button LIKE page.lepas tu sedar-sedar bila on fb mula la update dari page tu keluar menderu-deru sampai sudahnya kita sendiri jadi annoying.don't worry.sila cuba langkah yang sangat mudah ni.

a) Pergi ke page yang korang nak remove tu.Carik butang Liked tu.


b) Nampak tak button Liked tu?soalan memang berbentuk setannirrojim.


c) Klik Liked sampai jadi macam di atas.klik Unlike.
d) Settle.lepas ni takde dah update dari page ni.



2) Remove dari group

Yang ni la paling sakit hati dan jiwa raga.mudah sangat kena add dengan orang,suruh join group yang bukan-bukan.suruh join group MLM la,nak cepat kaya la.ini semua poyo!

paling menyampah sebab semua update dari orang lain kita kena baca.sampai penuh notification box angkara update dari orang lain.sakitkan hati tu?..ini semua poyo!!

ok dah.mari kita remove group pulak.senang jugak.

a) Pergi ke group yang menyampahkan tu.Carik butang macam skru ni.



b) Jumpa? Sila klik butang skru tu. kejap butang,kejap skru.apo kono eh jang?



c) Akan keluar box ini.harapnya korang tick la button untuk prevent orang re-add korang ye.dan sila klik leave group.

d) Tadaaa!. Siap.lepas ni takde dah group ni dalam profile korang.hoyeah!




3) Taknak follow kawan yang annoying tu tapi taknak remove/block friend dia sebab takut dia sedar dan kecik hati

amboi mak panjangnya tajuk.bukan apa,senang nak explain.kalau dah paham,sila lakukan tugas seterusnya.yang ni banyak sikit kerjanya.

a) Macam biasa.sila pergi kat nama kawan yang anda yang anda rasa takbleh blah dengan status/segala maknenek update dia.



b) Pergi ke button Friends tu.klik.



c) Bila klik akan keluar box ni.Sila klik settings...



d) Dah klik settings... mesti akan sampai kat sini.ada option.Klik la only important.sebab itu je option yang ada.hahah. sumpah tak klakar.


e) Bila dah settle yang tu,klik pulak option untuk soalan What types of updates?
Yang ni terpulang pada korang.macam aku,aku tick Comments and Like je sebab at least bagi la dia komen atau like status korang.

f) Kalau dah klik,maka settle la kejenya.maka,boleh la online fb tanpa rasa gangguan dan tekanan dari orang/page/group yang annoying.bahahahah!


---------------------------------------------------


so,settle la masalah korang semua.harapnya korang paham la pelajaran hari ni.selamat mencuba!ewah.








٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

1 comment:

  1. These are genuinely fantastic ideas in regarding blogging. You have touched some nice factors here.
    Any way keep up wrinting.

    Stop by my site; Helpful resources

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST