Visitor

15.1.14

anak II

baru ni sebelum mak gerak pergi umrah, sempat la aku bergayut telefon dengan mak.

lepas tu aku cerita pasal anak anak,termasuk cerita masa aku hantar anak pergi rumah pengasuh aritu.aku cakap kat mak,terasa jugakla nak berhenti kerja.

tiba-tiba mak aku cakap;
"takpayah!".

mak aku tanya,tak sayang kerja ke.lagipun anak anak membesar sekejap je.nanti bukan duduk dengan aku pun.

mak aku pun terus tuju kat aku,mak aku kata aku dulu dah besar masuk asrama.bukan mak abah yang jaga.lepas tu masuk poli,kerja..pun tak mintak duit dengan mak abah pun.lepas tu berhijrah,kawin..pun tak duduk dengan mak pun.

anak cepat membesar.mak cakap tau tau aku dah duduk sorang balik kat rumah.baiklah kerja.masa ni je berkorban jauh dengan anak.jangan nak pendek akal sangat nak berhenti kerja.pikirla masa depan sendiri,masa depan anak anak lagi.


aku senyap.kalau orang kat luar kata bagusnya duduk rumah jaga anak,mak pulak bagi pendapat bertentang dengan diri dia sendiri.mungkin sebab mak tak kerja.

pikir balik ada betul jugak.tiga tahun turun naik SUK pergi interview,pastu sebab anak senang-senang aku berhenti kerja.patutnya sebab anak la aku patut kerja.buat simpanan untuk anak dan masa depan anak.patutnya aku positif.sediakan bekalan yang baik untuk anak anak.

"betul mak.terima kasih mak".


p/s : semoga mak dan abah selamat di bumi Mekah dan laksanakan ibadah umrah dengan sempurna.selamat pulang ke sini mak abah!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...