Visitor

31.1.14

perut

weekend memang paling mencabar bagi aku.
start bangun pagi membawak ke malam,kerja aku biasanya 70% di dapur.berdiri la kau dari pagi buat breakfast,tengahari buat lunch,petang buat makanan petang dan malam buat dinner dan supper.

tu tak termasuk berdiri buat susu untuk anak anak.

so,kalau weekend aku akan curik curik baring sekejap dalam bilik.bagi tegang segala urat saraf.

weekend baru ni,aku baring sekejap.nak rehat.ejang pulak baru siap mandi dan sedang exercise depan cermin.tengah aku baring,anak anak aku entah datang dari mana,berlari terus tuju kat perut aku.

"aduhhh" - hasya atas perut.dan blah.

"adoiiii..sakit lahhhhhh" - haifa pulak.aku dah nak pitam.

sekali aku nampak rifdi berlari.

"rifdiiiii..jangannnnn". dup!rifdi atas perut dah.

aku dah macam bantal peluk kena lanyak dah.dah nak nangis dah.sekali ejang yang tengah exercise slow je sound budak budak ni :

"jangan buat macam tu kat perut ibu.dalam perut ibu kan ada baby".


kohkohkohkoh.
lawak apakah itu encik suami?

pemangsa

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...