Visitor

27.1.14

sejuk

sekarang kan pahang dilanda suhu sejuk.

dua bulan lepas aku balik kuantan,aku dapat rasakan kesejukan tu.jadi bila aku pergi melaka & selangor,aku  berpendapat sana pun sejuk.maka aku bahan bawak baju stok lengan panjang kat anak anak aku.padahal bila sampai sana,kesian aku tengok anak aku sampai ke malam berpeluh leher dengan muka.rupanya kuantan je yang sejuk.

seminggu ni jerantut pun dah sejuk.tahap kalau duduk dalam office,aku boleh pakai blazer macam nak masuk court.jenis pergi kerja atau keluar mana mana kena pakai baju berlapis lapis.kalau balik naik kereta taknak bukak aircond sebab angin kat luar macam angin kat Cameron Highland atau Genting Highland, takpun Janda Baik.

duduk rumah pun anak aku rilek je tengok tv tak pasang kipas.tapi bilik still kena pasang aircond la lagi.tapi sensorang bercomfoter bagai la.

ada gosip gosip kata terengganu bakal turun salji.jangan memain weh.dengar memang seronok tapi bikin aku seram tau.heh.

sebenarnya,menda yang paling aku nak carik time ni adalah : sweater berhooded.
kena carik semula sebab sweater / jacket / baju sejuk aku semua dah sendat.

kau paham tak?





No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...