Visitor

25.9.14

rifdi #53 : buli

masa kejut rifdi pergi sekolah pagi tadi, rifdi cakap taknak pergi sekolah.pelik jugak aku mengigau apa anak aku hari ni.aku tanya dia kenapa taknak pergi sekolah?

"kawan kawan abang tumbuk abang".

aku tergelak.aku tanya lagi.abang mimpi ke ni?dia geleng geleng kepala.

aku tanya lagi, kawan abang tumbuk abang buat apa?

"kawan abang tumbuk kat sini (tunjuk pipi), kat sini (tunjuk perut), kat punggung.
konek abang pun dia sepak".

aku macam hoiii.biar betul?

lagi?aku tanya lagi rifdi.

"kawan abang cabut seluar abang.dia tarik spender abang.abang malu la ibu..".

ok.aku dah panas.terus tarik rifdi suruh duduk.

aku tanya lagi, abang tau siapa buat?

"nama dia adam".

"siapa lagi yang buat abang?"..aku tanya lagi.

rifdi geleng geleng kepala.

"abang tak tipu ibu kan?".aku tanya lagi

rifdi geleng geleng kepala.lagi.

"kenapa tak marah dia?".

"abang dah marah.dia taknak dengar".

"abang cakap kat cikgu tak?".aku tak puas hati.

"abang dah bagitau.tapi cikgu tak datang pukul adam pun".


OMG.OMG.
aku dah bengang.aku ajak rifdi mandi, aku cakap aku nak jumpa cikgu dengan adam sekali.
tapi masa mandikan rifdi aku perasan mata rifdi bengkak belah kiri.memang merah, tak sampai hati punya pasal aku cakap kat dia tak payah pergi sekolah.

masa aku hantar hasya kat rumah pengasuh, akak tu kata memang anak dia (classmate rifdi) bagitau rifdi tu selalu kena kacau dengan budak budak kelas.diorang cabut seluar rifdi pastu tarik sampai nampak konek.akak tu tak berani nak cakap kat aku sebab takut aku marah anak dia kot kot anak dia buat cerita.

haihh.sampai opis tadi aku call cikgu rifdi (guru disiplin also).tapi cikgu kata dia kat Bera (luar daerah) urus hal sukan budak pra.tak puas hati lagi aku whatsapp teacher sebelah rumah aku tolong tengokkan siapa adam.teacher tu cakap,memang dia pergi carik budak tu.dan memang budak adam mengaku buat macam tu kat rifdi.teacher kata budak tu memang problem.budak nakal.

bengang aku okay.sedang baya tu kemain lagi samseng nak usik anak aku.yang rifdi pulak pesen kalau kena sakat,kena usik memang takkan melawan.yang dia tau menjerit,nangis dan merengek je.memang sedap la bebudak tu kacau kan..

tapi kalau adik dia 2 orang tu..haaa.silap besar la.nak nak hasya.usik la dia.paling koman pun konpem korang kena gigit!


jambu

2 comments:

  1. Alahai~~~~ siannya abang... Marah jugak aku baca cerita nih.

    ReplyDelete
  2. budak adam tu dh kena hukum dengan cikgu.rupanya ramai jugak budak kelas yg mmg kena dengan budak adam ni.

    kemain samseng.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...