16.1.14

Family Day #Part I - Sukaneka

lama aku peram gambar.kalau ini telur,aku rasa dah lama keluar anak dinosour.

hujung tahun 2013,aku ada join family day office.office baru beb!excited bila kita baru masuk office tu,tetibe program yang dirancang semua jadi.terasa bertuahnya aku kena tukar kat jabatan ni.series.ini bukan statement membodek.maybe sebab jumlah staff tak ramai tapi bestlah sebab aktiviti yang kalau rancang,senang gila on.takde halangan dan rintangan.peh.

so.family day bermula hari jumaat di mana semua staff yang join naik bas ke Kuala Selangor.takde pengecualian kecuali bigboss.tu pun sampai sana boss naik bas jugak.sampai Kuala Selangor,kitorang terus dijamukan dengan nasi & lauk seafood.kelakar la.sebab hidangan takde yang pedas sampai ejang & suami staff mintak sambal belacan.dan diorang bagi sambal sejuk okay.agaknya pakai sambal segera adabi.eh.banyak cengkadak kau dd.

sebab dah malam sangat sampainya,maka aktiviti malam tu adalah lepas makan kita check in.aku dapat kunci motel depan Bukit Malawati.kalau ikut situ tulis suite 5.so imaginasi memang harapkan bilik yang selesa la kan.sekali masuk aku rasa nak nangis.katil queen satu + single bed.takde almari,takde water heater dan paling buat aku rasa nak nangis adalah,bilik bau ubat gegat!

dan paling takbleh blah,malam tu aku tidur siap terjun katil!blerghhhh...sebab tu pagi esoknya aku senang bangun tido! --"

so,pagi sabtu tu aktiviti kitorang adalah sukaneka dan program buat di Perpat Resort,Klang.jauh gila kan motel dengan tempat sukan?okay.fine.sebenarnya office lantik aku jadi AJK tempat.plan asal kat Janda Baik tapi semua tempat asek full je,maka kebetulan ada kontraktor offer tempat dia sendiri,so kitorang serahkan bulat bulat family day tu kat kontraktor tu.so redha jela apa yang diberi.

aku letak gambar jela.korang layan la ye.


































dapat kipas hoii untuk hadiah cabutan bertuah.aku nak vacuum / LED tu..hahahha.
habis aktiviti,ada makan makan dan terus cho balik bilik.petang ni kita nak gi naik Bukit Malawati pulak.

next episode okay.tata.

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST