Visitor

12.3.14

birthversary

oi.pandainya rosakkan bahasa.

entry ni entry kepam okay.seperti dijanjikan,aku dah cakap surprise untuk birthday & anniversary adalah lepas gaji.so, lepas je gaji keluar hari tu,aku peram dulu surprise untuk sehari.esoknya baru boleh buat surprise dengan jayanya.haha.peluang sangat masa tu untuk aku pergi beli kek sebab petang tu ejang kata dia pergi kerja naik motor.sebab terus turun padang ada training bola.

so,aku pun pura-pura pergi kerja awal belah petang tu,singgah bakery,pilih kek lepas tu pergi kerja.
balik office pulak,pergi ambik rifdi dengan haifa,singgah bakery,ambik kek,ambik hasya dan balik rumah macam takde apa berlaku.

lepas tu ejang sms suruh buat nasik goreng ikan bilis.sedang eloklah aku pun nak buat sup sikit.

ejang balik,dia cakap lapar.terus makan la.aku pun hidang nasik,makanan semua..part last masa tu ejang tengah membelakangkan tv.main dengan budak-budak.aku rasa tu moment paling sesuai kot.
aku pun bawak la kek sambil nyanyi..

"happy birthday abah..
happy birthday abah..
happy birthday to abah..
selamat hari jadiiiii".

terer kan aku bikin lagu?menangis la budak budak ni nak paham apa kejenis lagu aku nyanyi ni.haha.
ejang pun.. "Wahhhh.abah ada kek.hahaha.lilin mana lilin?"

kahkahkah.kelakar la bakery tu.bagi aku kek takde lilin takde pisau.mujur aku ni bangsa pengumpul barang barang sakti.jadi pisau kek hasya aritu aku simpan lagi.

selamat hari lahir abang.dan selamat ulangtahun.semoga kita kekal bahagia bersama hingga ke jannah.




haha.tak pasal pasal kek pun ladi juadah makan malam kitorang hari tu.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...