Visitor

5.3.14

stress

betapa teringinnya aku nak kurus.

ye.kau ingat aku bahagia sangat tengok lemak lemak bertempiaran kat tepi tepi ni?
ingat aku bahagia sangat bila tengok baju kurung semua sendat kat perut,pinggang dan bontot?
ingat aku bahagia tengok rupanya baju kerja dah takde?dah sendat?dah tak muat?

jangan bagi iklan kuruskan badan pulak kat sini.nanti aku block!

aku suka baca baca cerita dari kevin zahri.dan pengikut-pengikutnya.banyakkan bersenam pesan beliau.makan nasik segenggam.banyakkan minum air suam.

eh.aku dulu pernah je berjogging dalam satu minggu.setiap pagi.masa tu kebetulan aku langsung takbleh blah dengan nasik.so,sebulan pulak aku tak sentuh nasik.masa tu aku rasa macam fresh.badan ringan.ada kawan kata badan aku nampak susut sikit.bahagia.walaupun berat tak turun.biasalah.janji fat burning.

sekali,kasut jogging koyak.pastu after sebulan tak makan nasik,aku pergi kenduri cousin dan aku makan nasik.lepas tu terus aku hadap nasik.3 times everyday.kau nampak tak apa jadi dengan aku sekarang?

orang cakap aku normal.sesuai dengan ketinggian.nobody knows aku dah rasa nafas aku ada ciput je untuk sehari.orang taktau aku dah obesiti lebih 14.4kg.orang taktau betapa emosinya aku bila tengok baju sendat,kain tak boleh pin.

nobody knows!

nak carik masa untuk exercise pun aku rasa macam dah takde.mujur aku ni kategori housewife yang rajin.aku sibuk dengan kerja rumah je.kalau aku bangsa pemalas,duduk selepek tengok tv..aku rasa mungkin aku boleh cecah 100kg.

aku taknak cuba any product sebab bagi aku effect bila terstop sangatlah berisiko.
dan,pandangan aku kalau aku pregnant,dan berpantang semula in sha Allah aku boleh dapatkan balik berat asal.tapi bila aku nak pregnant ni?



baru ni baca blog nerdy nadea aku jumpa ini.




macam best je.aku nak usahakan.terutamanya perut!
arghhh.stress tau.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...