Visitor

20.3.14

toilet train

aku bukan jenis mak mak yang rajin pantau anak ni dah kencing belum,nak kencing ke taknak.nak berak meh ibu temankan.no.memang tak rajin.

yang aku rajin - beli diapers.

tapi bila tengok anak dah kena sekolah,dah membesar,aku mula memikir.sampai bila anak aku nak pakai diaper? tingkatan satu? atau sampai dah kna ejek dalam kelas baru tahu nak mengajar anak masuk tandas?

lantas aku buat percubaan.

rifdi
rifdi masih pakai diapers.cuma kalau siang,pergi sekolah,dia memang diaper-free.aku mulakan masa dia masuk tadika tahun lepas.masa umur 5 tahun.ingat lagi,aku bawak diaper spare letak dalam beg.dalam masa seminggu tu,memang dia ok.dan lepas tu aku terus tak bawak spare dah.habis sekolah,makcik kata mesti terus terjah tandas.kencing.kalau nak berak mintak pakai diaper.asalnya sebab dia takut jatuh dalam lubang tandas.haha.imaginasi tinggi sangat.

susah jugak nak train dia ni sebab dia sembelit.budak sembelit ni bukan bangsa tetiba dia cakap nak berak,dia berak on the spot.
tak pun.
silap-silap malam esok baru berak.takpun lusa.
sebelum tu pesanan aku,jangan nak mengajar aku sangatlah pasal makanan / minuman untuk elak sembelit ni.dah macam macam cara,ubat terlarang pun dah guna.pergi specialist,dah pernah masuk wad.dah.aku dah belajar macam macam.

eh.jauh pulak melalut.
so far,rifdi sekarang dah mula tak pakai diaper waktu malam.yayy!kalau nak berak sangat,aku ajak dia masuk toilet.tetibe dia kata tak jadi,aku hunus rotan.aku paksakan jugak.menangis menangis-lah.lantak dengan aku aku sekali menangis.janji aku train.

alhamdulillah.walaupun semalam cikgu call rifdi terkencing kat sekolah dan walaupun rifdi berak dalam kereta masa aku tengah dinner kat kedai.haha.lantak.


haifa
train haifa untuk toilet train taklah susah macam rifdi.budak perempuan kot.cepat matang.aku mulakan dengan siang tak payah pakai.walaupun kadang kadang ada masa syokk sangat tengok tv,tengah makan atau tengah main dia boleh terkencing.biasa la.nama pun tengah training.

berak pun dia ni kategori susah jugak.tapi macam rifdi la,berbekalkan rotan.aku bukan hayun kat budak ni pun,drama je.balik balik aku hentam ke dinding.gila apa nak rotan budak sebab taknak berak?kejam sangat nampaknya aku ni.so far okay.aku hadap je budak budak ni time diorang teran.lantak.biar dia belajar.

so far,dia pun bersaing dengan abang.dah tak pakai diapers time tidur malam.abah dia ajar budak berdua ni,suruh pergi toilet kalau nak kencing.abah dah pasang lampu toilet.so far dalam masa seminggu ni,dah dua malam haifa terbocor.kahkahkah.takpelahhh..nama pun training.

dan haifa suka diaper-free.agaknya lemas kot selama ni.hahaha.


hasya
pengasuh dia agak rajin la suruh hasya berak kat toilet.baguslah.lagi cepat pandai,lagi banyak duit boleh berjimat.kahkahkah.

hasya nak berak baru aku ajarkan masuk toilet.so far,aku tak rajin lagi atur kencing dia.ok la tu kan?baru 2 tahun 2 bulan.hehehe.


heheh.



No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...