15.1.13

hasya #4 : pre-walking

empat hari lagi birthday hasya.so far,aku takde plak planning apa-apa untuk first birthday dia ni.haha.tapi aku dah beli hadiah in advanced!lupa nak ambik gambar.nanti jela.

hasya belum umur setahun dah berjalan dengan lancar.masa 11 bulan dia start menyusur berjalan pegang dinding,kerusi,pintu dan segala apa yang dia boleh pegang.2 minggu lepas tu dah mula bertatih sorang-sorang.seminggu lepas tu terus dapat hobi baru.berjalan-jalan makan angin.

kalau compare antara tiga beradik ni,memang dia la yang awal berjalan.rifdi & haifa masing-masing baru berjaya berjalan sendiri masa umur setahun sebulan.

tapi kalau sekarang,hasya bukan setakat berjalan,tapi dia berlari-lari anak dah.jalan laju gila sampai tak reti nak brake.akibatnya pipi kanan biru sebab 2 kali tonyoh lantai dan dahi dah merasa la lebam kanan kiri.hari tu dahi kanan hentam dinding sebab tak sempat brake.dahi kiri pulak berlekuk kesan bucu almari.

apa ko ingat aku rasa menda tu kelakar?tak.
aku cakap kat hasya

"lain kali nak berjalan biar guna gear satu.jangan nak hentam sampai gear empat!".
grrr...





first step





dan yang terbaru.pagi tadi :









٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST