16.1.13

kecelaruan

aku dan suami memang sukakan drama series dari #axn.

biasa kalau hari kerja time rehat tu kitorang balik cepat-cepat siap tapau nasi kukus.sebab ada ulangan The Firm.cerita pasal peguam yang suka menyiasat kes.pukul 2.00 pm habis cerita baru lintang pukang mandi,solat,bersiap dan pergi kerja.

biasa malam pulak kalau hasya dah selamat tidur aku join sekaki la encek ejang layan drama.kadang-kadang aku dapatla layan Leverage Reload season 4 (ulangan),takpun Hawaii 5 O,takpun Common Law.ohoii.
#axn memang banyak drama series yang best.tak kisahla kalau dok ulang tayang pun.hiks.

nak dijadikan cerita malam tadi kitorang layan Common Law.first time la aku layan sebab encek ejang ajak tengok.dia kata best sebab hero dan partner in crime memang kelakar habis.cerita basic,another investigation drama.pasal detective yang banyak menyiasat kes.

sampai ending dia,hero dan partner in crime berjaya tangkap sorang pesalah.rambut panjang namanya Vince.lepas tu cerita habis dan bersambung.

tadi pulak macam biasa pukul 1.00 tengahari kitorang balik rumah.nasi kukus macam biasa dan makan depan tv layankan The Firm.

cerita dah mula tapi aku sibuk berbalas-balas sms dengan rock.dah settle baru aku letak tepi handphone dan makan.time tu scene hero mengadap banduan berambut panjang pakai baju oren.tak menyempat aku dah tegur;

"ohh.itu vince yang kena tangkap semalam...".

sekonyong-konyong aku nampak encek ejang pandang aku dengan pandangan paling ketat.err..aku salah ke?



sah.aku dah tersalah cerita.
damn.itulah kalau tak fokus.ini the Firm la.the Firm!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

6 comments:

  1. pukul 2.00 pm habis cerita baru lintang pukang mandi,solat,bersiap dan pergi kerja.

    ehem.... 2pm pun ko mandi jgk?

    ReplyDelete
  2. kihkihkihkih..
    jangan la tanya soalan cepu emas camtu.malu nak jawab.

    ReplyDelete
  3. Haha...sms dgn aku erk? Last drama series kat axn aku layan ialah House M.D... Syukur dah tamat ceritanya...

    Lepas tu malas nak follow apa2 dah..haha

    ReplyDelete
  4. hahaha..dengan ko la .membincangkan isu bawani kerana benar.hahahah

    ReplyDelete
  5. wahhh memang peminat habis drama series ni ye

    ReplyDelete
  6. ahahahaha..memang nurul.suka sgt drama series kiotang ni...

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST