Visitor

2.1.13

rifdi #44 : budak sekolah

hari ni adalah hari pertama rifdi bersekolah.yayhoo!

kelakar.dari hujung tahun lepas berdialog dengan rifdi suruh masuk sekolah tadika.katanya ok.abang nak ke sekolah.pagi ni bila aku kejut suruh mandi terus dia nangis.

ibu.abang taknak mandi.abang taknak gi sekolah !!!

lebih 5kali dia ngamuk ulang ayat yang sama.tapi ini ibu la.hati kering.ibu cabut seluar dia.dia mengamuk.ibu cabut baju dia.dia mengamuk lagi.sudahnya sampai terbogel dia mengamuk lagi.hahah -- kejamnya ibu dia ni kan.err..itu la sebenarnya cabaran paling berat nak bawak rifdi ke sekolah.

tak sempat nak ambik gambar rifdi pakai baju smart-smart nak pegi sekolah.kelam kabut sampai aku sendiri tak bawah punch card,pen,notebook,blablabla..nasib baik wallet,hp,tab bawak pulak.ngahaha.

sampai je rumah pengasuh,aku dengan encek ejang jenguk-jenguk jugak ke tabika KEMAS yang kitorang nak hantar rifdi tu.macam takde orang je.senyap.tapi kebetulan ternampak perempuan bawak motor ada anak pakai uniform tabika,aku kira ada orang la tu.dekat sangat dengan rumah pengasuh.sebab tu rifdi rileks je boleh cakap abang boleh balik sendiri.

eksen.sekali nak masuk kelas tengok semua orang pakai selipar je.anak aku kemain bergaya dengan kasut siap berstokin.ekekekek.memula gayanya malu sangat nak masuk.bertarik-tarik jugak la aku dengan rifdi tadi.cikgu-cikgu dalam tu pulak semua dah panggil; "hah rifdi.masuk.masuk."

boleh dikira sangat student ada berapa orang.tak sampai 20 orang la.sebab tu ramai suruh masuk Tabika Perpaduan sebab katanya ramai sikit dan banyak benda belajar.but i don't care.umur rifdi baru 5 tahun dan paling penting bagi aku sekarang cuma aku nak dia belajar hidup dalam persekitaran baru.tak kisah la wey banyak main ke,banyak makan ke.

eh.tadi rifdi malu-malu nak masuk kelas kan?
sekali dah masuk,dia dah teruja dengan buku-buku dalam tu.kerusi-meja-playmart, semua dia nak tegur.dia dah mula teruja.lepas tu dia nampak mainan, alphabert card, numbering card, blablabla..ye.dia dah teruja sampaikan dia dah lupakan aku.peluang baik! -- bahaha.

siap daftar dan bayar, aku mintak izin cikgu rifdi  nak blah.diorang pun cakap okay.itu pun aku blah sebab ada budak perempuan mintak izin dengan aku nak ambik mainan atas almari.ah sudah.mesti dia ingat aku cikgu.wahahaha..

sebelum blah aku siap tinggalkan pesanan kat cikgu nora.

"nora.dalam beg rifdi ada pampers.lepas tu nak bagitau,dia tu nak berak kelakar sikit"" --
"takpe dd.makngah (pengasuh) dah bgtau.kalau rifdi berak nanti makngah cakap panggil je dia".

WAHAHAHAHA -- buat malu je tawww.



fyi :

1. cikgu nora tu jiran pengasuh je.lepas tu kaitan dengan aku,bapak si nora ni pencen opis aku.cikgu lagi sorang namanya cikgu ida.dia wife anak buah encek ejang.sebab tu la diorang kenal sangat rifdi.WAHAHAHAH.mudahnya life aku kan?..alhamdulillah.

2. haifa jangan cerita la.nampak abang berkasut,dia pun nak berkasut.sekali rifdi ke sekolah,dia menangis melalak nak ke sekolah jugak.haha.kesian.awak kecik lagi la.






٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...