Visitor

31.1.13

Population 436

malam-malam buta memang waktu yang sesuai untuk aku layan movie dengan suami.masa privacy.

satu hari,kami tertengok cerita Population 436 di KIX HD. (astro).movie kat channel ni kadang-kadang boleh layan.so,pasal cerita ni,cerita dia aku agak kategori filem kelas B kot.cerita yang maybe bukan taraf box-office.kurang modal mungkin.hehe.



cerita dia pasal hero ni dihantar ke satu perkampungan terpencil.nama tempat tu Rockwell Falls.penempatan dia kategori aman,tenang dan damai.cuma misterinya sebab ada penduduk dia yang agak weird and acting awkward.kata orang sekeliling orang yang acting awkward ni terkena 'fever' dan kena kuarantin dalam satu rumah ni.

hero ni jugak terperasankan rekod penduduk kat situ yang setiap masa hanya ada 436 orang je.memang weird.so,aku rasa tak payah la aku citer panjang-panjang kat sini.sape berminat dengan cerita ni boleh terus google,download or pandai-pandai la korang search sendiri nak tengok camne.

okay.aku bukan nak cerita pasal movie ni tapi aku nak cerita pasal satu watak ni.

yang menarik minat aku adalah dengan watak seorang sheriff ni.wahaha.namanya Bobby dan aku sangat familiar dengan wajah itu.dalam movie tu watak dia agak baik,innocent dan sedang in love dengan sorang perempuan.dia agak romantik,berniat nak propose heroin tu tapi malangnya dia ternampak hero bersama heroin.dalam keadaan sedih dan nangis-nangis,dia bleh lepaskan hero gitu je.memang sangat baik orangnya.

so,ending cerita tu aku tunggu jugakla kan nak tengok siapa casting watak Bobby.nak confirmkan adakah benar tekaan aku.tapi malangnya,tulisan casting tu bergerak laju gila sampai encek ejang pun tak mampu nak tangkap nama Bobby tu.

lama aku pendam perasaan.so,baru ni tadi aku tergerak hati nak google movie ni dan bila keluar apa yang aku search aku tergelak sensorang.

iye.

tekaan aku betul.watak Bobby tu adalah Fred Durst.vocalist Limp Bizkit.

keep rollin' rollin' rollin'..
keep rollin' rollin' rollin'..

bobby dan hero berkawan dengan baik

time ni la yang aku confident sangat itu Fred Durst.
nampak kepala botak versi dia.



errr.rajinnya aku update blog arini ye?
ahahaha.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. aku penah tgk cite ni tak berapa lama dulu..bagi aku cite ni agak menyakitkan kepala..serabut, so aku tak focus sgt siapa pelakonnya...haha! Fred dust rupanya, behind blue eyes la sebijik...

    ReplyDelete
  2. rock;

    cerita dia mmg serabut.nak2 kalau tetiba tgk dh scene tengah.aku layankan sebab tertanya2 psl Fred Durst tu je.kalau tak,dah lama aku pergi tido.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...