4.4.13

pengasuh

[ Nasihat : entry penuh perasaan.agak-agak tak berminat nak membaca,sila skip]



Noted : rifdi dengan haifa dijaga oleh pengasuh yang berbeza dengan pengasuh hasya.

Semalam,masa ambik hasya lebih kurang 7.30 petang,pengasuh hasya tegur.

"akak.kalau boleh lepas ni ambik hasya awal sikit ye".

"kenapa?" - tanya aku balik.

"ani dah takde masa dengan husna". (anak pengasuh).

"ala.awak tau la keje akak ni bukan tentu masa balik.kalau akak siap awal pun,kena tunggu abang.kadang tu abang siap awal,tunggu akak pulak siap kerja."

"takpela.tapi lepas ni ambik la awal."

".................."




berdengung kejap telinga dengan kepala aku.aku ambik hasya masuk dalam kereta dan terus cerita pada encek ejang.encek ejang senyap.aku tau dia dah tak seronok dengar.

sampai rumah aku memang dah rasa mood ke laut.bengang gila gua rasa.dalam kepala duduk susun ayat je nak cakap dengan pengasuh esok.last-last encek ejang bunyi,

"esok awak cerita je dengan kakde (pengasuh) tu kenapa kita lambat.agak-agak kalau dia tak boleh nak terima,cakap je kita carik pengasuh lain."

dengg.sama je pendapat dengan aku tadi.konpem esok aku akan cerita semua pada kakde.

kau bayangkan,kepala aku tak habis serabut memikir pasal ayat aku nak bagi.tidokan hasya,aku memikir.tidokan haifa pun aku memikir.aku nak tido pun aku memikir.lepas tu terjaga dari tido pun,aku memikir lagi.

sebenarnya dah banyak kali aku terasa something bila ambik hasya dari rumah pengasuh.bukan nak kata cari salah dia tapi aku banyak kali perasan :

1. Pengasuh suka sangat mengadu hasya ni kuat nangis.pantang tinggal.ada sekali tu aku dah tensen balik kerja,dia mengadu macam tu.dia cakap hari ni hasya asyik nangis je.aku pun tanya,"tak larat dah ke?kalau tak akak cari orang lain".lepas tu terus dia cakap tak.dia saje nak cerita.

2. Aku memang bangsa senang berterus terang.hari tu pengasuh pakaikn headband kat hasya.aku bawak balik lepas tu esok aku pesan jangan pakaikan dah headband tu.merah kepala anak aku beb.bukan tak suka tapi kalau aku suka,dah lama aku belikan hasya tu headband.lepas tu aku pesan jangan gunting rambut hasya sebab diorang kerap sangat gunting rambut hasya dengan alasan kesian.panas.

3. Pengasuh pernah sekali bawak hasya pergi pasar malam yang 5-6 km tu dengan hanya naik motor! berdebar aku dengar masa tu tapi aku senyap je.berdebar siot.aku pun tak pernah bawak hasya naik motor.

4. Kerap kali time aku ambik hasya,aku tengok hasya berdiri sorang  depan pintu grill.aku bagi salam tak berjawab.lama tu agaknya dia dengar hasya jerit-jerit,baru dia ke depan pintu kata "ehh.ibu hasya dah sampai?tengah basuh pinggan/tutup api/masak tadi"...brrrr.nak jugak aku tegur tapi tahankan je.sebab dia yang jaga hasya.

5. Terbaru masa ambik hasya,pengasuh kata hasya tengah makan abu rokok.sumpah weyy rasa nak marah tapi aku tahankan jugak.aku cover "yelaa..semua nak ambik ye dik?".encek ejang juga perokok tapi ashtray dia letak tempat tinggi,luar rumah pulak tu sebab port merokok adalah di porch.maksud di sini,dah tau ada budak,letakla menda camtu kat atas ye dak?

6. Sangat kuat komplen cara aku jaga hasya."hasya ada kutu"."hasya ni tak korek telinga ke"."bubur hasya masin.patutla taknak makan"."bawakla botol air,hasya nak minum air masak". -- well,bagus sebab dia care pasal hasya.tapi kadang-kadang sentap jugak.macam aku ni ibu yang FAILED!

7. baru ni dia suruh aku hantar buai sebab katanya buai dah tak cukup.(sebab budak dah bertambah kot).hasya dah tak tido berbuai kalau dengan aku.tapi dia kata hasya taknak tido bawah.berbeza tak di situ?so,sekarang ni memang berat jugakla hati nak bawak buai bila keadaan dah camni.

8. dah cukup.banyak sangat mengungkit nampak macam banyak pulak carik salah dia.


so,pagi tadi.masa aku hantar hasya,aku pun slowtalk la dengan pengasuh.

aku bukak cerita pasal aku dengan encek ejang ni technician.kerja bukan duduk office 8-5 sepanjang masa macam pentadbiran.lepas tu,kalau aku lambat,encek ejang kena tunggu aku abis kerja baru boleh ambik.atau sebaliknya.tapi kalau dia tak faham jugak keadaan aku takpe.aku boleh carik orang lain.

so ani pun jawab,kalau aku nak balik lambat takpe.tapi tambahla jadi RM250 (harga biasa aku bayar RM200).dia cakap orang lain yang bising kata ibu hasya ambik lambat sangat.aku mencelah "mak mertua awak ke?".terus dia angguk.aku dah agak.ani ni mesti sebab kena cucuk angin sebab aku tau ani ni camne.

aku pun dengan slow campur bengang kata,
"sorryla nak bagitau.abang dengan kakak dia tu,siap malam ni tidur rumah pengasuh dia lagi sebab abang man takde,kena outstation.pengasuh dia tak pernah tetapkan bayaran pun nak tambah berapa.kalau ikutkan awak suruh tambah tadi,harga memang ibarat jaga diorang berdua!".

aku tau ani serba salah tapi aku tambah lagi,
"takpela.kalau betul-betul awak taknak jaga hasya,akak boleh cari orang lain.tapi jangan la bagi alasan takde masa dengan husna.akak ni kalau ikutkan lagi takde masa dengan budak-budak.jumpa malam je.awak ingat akak suka ke?akak kalau ada kereta sendiri,akak ambik hasya je terus.biar abang man ambik yang dua orang lagi tu.tapi akak tak mampu.akak kena tunggu abang man ambik jugak walaumacam mana pun.tapi tula,kalau memang takbleh jaga,memang akak hantar kat orang lain la".

dia ada jawab, "orang taknak ambik budak dah sekarang ni".

aku pun jawab lagi,tapi nada elokla,

"so far kalau akak tanya alhamdulillah ada yang nak lagi.kawan-kawan,isteri orang JKR,ramai lagi yang sanggup jaga budak."

dia senyap.last-last sebelum aku blah nak pergi kerja tadi aku suruh dia fikir je.

aku tunggu je jawapan walaupun encek ejang dah kata cari orang lain je sebab memang kitorang dah rasa tak best sangat dah ni.

realitinya,aku nak share la kat sini.
aku dengan encek ejang kerja di tempat yang berbeza walaupun satu jabatan.jarak dia nak ambik aku ada dalam 1-2 km kot.lepas tu pergi ambik rifdi dengan haifa pulak.ambik diorang pun,bukannya jenis sampai boleh ambik terus.kadang-kadang diorang tengah mandi la.ada masa tengah tidur.ada masa tengah makan.ada masa tengah berak pun ada.so,kena tunggu jugak barang setengah jam.lepas tu dalam perjalanan tu ada masa nak jugak beli barang kat pasaraya.nak beli makanan.dah siap,baru dapat ambik hasya.

paling bangsat aku boleh sampai rumah pengasuh hasya jam 6 petang tau.itu terpaling awal kalau tanpa sebarang masalah.kalau ada masalah,ada kerja,memang 7.30 la waktu normal ambik hasya.ada masa terkena ke kuantan/balik kursus,encek ejang ambik hasya awal.dah kalau terkena sekali ke kuantan berdua,tak ke lambat dapat ambik?

aku pernah cerita hal ni pada pengasuh hasya masa bulan Ramadhan hari tu sebab dia suruh aku ambik hasya awal atas alasan dia nak memasak.aku respect permintaan dia.siap ada masa aku tak masuk kerja petang.padahal masa tu masa duduk berjiran lagi.masa tu aku pelik jugak,makcik yang jaga rifdi dengan haifa sikit pun tak pernah berbunyi suruh ambik awal sebab dia nak memasak.

entry kali ni panjang sebab aku memang frust gila kau tau!

berbeza pengasuh means berbeza cara.bukan nak compare,tapi aku bersyukur sangat aku dapat makcik yang sangat ikhlas jaga anak aku.macam jaga cucu dia sendiri okay.kalau dia berbunyi pasal anak aku,aku sikit pun tak pernah sentap sebab aku tau dia jaga anak aku macam mana.aku tak kisah kalau dia kata dia pukul rifdi dengan haifa sebab buat perangai sebab aku tau anak aku macam mana.kalau ada masa aku datang ambik rifdi dengan haifa kebetulan diorang tido malam-malam hari contoh macam aku baru balik dari KL,Kuantan,..makcik pakcik siap suruh aku datang esok je la hantar baju.punya la beruntung aku kan sebab dapat pengasuh macam tu?lepas tu sikit pun tak pernah mintak charge ke,hadiah ke sampai kita sendiri naik segan?

well.korang yang membacanya aku rasa dapat menilai.
dah.aku dah serabut sangat ni.rasa nak pergi makan McDonalds tapi kat sini takde.warghhh.


tarik nafas dalam-dalam dan enjoy this.







    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. fuh baru baca and sgt emosi membara!
    dd..tukar pengasuh lainla..bnyk sgt bunyinya.. ht pun dh rs xsdap sama.

    umar pnh kena skali.pengasuh lama dia kena pindah ikut suami ke kedah.so kena crlah pengasuh lain.jumpa dgn sorg mkcik ni.sembang2 luar pgar rmh mkcik ni kata ok nak jaga.so few days bfore nk officially hntr umar..aku dgn suami g lah msuk rmh mkcik ni.skali suami dia ada jgk.borak2 sekali dpan2 kitorg laki mkcik tu sound bini dia..'awak tu larat lg ke nk jg budak.dh ramai ni nak ambik lg ke'..trus aku pndang laki aku eh2 kot ya pun xkkan nak ckp dpan kitorg.so kitorg assume maybe laki dia br tau kot mkcik ni nak ambik lg sorg budak.

    so hr yg first hntr.umar ok pg tu.main2 dgn budak2 lain.ada lah 3org cmpur cucu mkcik tu sorg.bfore nak tinggalkan aku pesan bnyk kali kalau dia nngis call sy..xpun call suami sy..(laki aku kerja kapal..kalau xberlayar mmg dok rmh je xpun kluar dgn member2 dia) so lain kataya suami aku around je lah. so dlm pukul 11 aku call mkcik tu lg,mkcik tu kata umar nngis..tp biasalah awal2 nak sesuaikan diri..aku pun okla..pastu aku rs nak call lg.tp kang bnyk kali call serabut pulak mkcik tu.so aku xjd call.

    ptg tu aku semngatla nak g ambik umar.tgk mkcik tu dukung umar kat luar rmh dh.umar nmpk aku je meronta2 nak mintk dukung.teresak2 br lpas nngis.trus mkcik tu dgn directnya ckp 'anak awak ni kena sawan tangis ni.bwk2lah g berubat.asyik nngis xberhenti je dr pg td'..sentap ko tau..pastu dia dokla citer ada jgk dia jg anak org cmni tp dia pulangkan balik asyik nggis je.so situ mungkin dia bg hint xnak jg umar dah.aku diam je lg.pastu dia mcm ckp xsmpat sgt nak cara ke cucu dia.asyik kena pgang umar yg nngis ni je.pastu suggest kat aku cuba xpyh hntr lg kat dia seminggu ni tgk cmana..apa ke bodohla..what do u expect..first day kot.at least ckplah kat aku try tgk seminggu ni cmana..kalau xok kena cr org lainla..aku angin sgt rs..tp bfore balik aku sound blk mkcik tu..'sy kan dh tinggalkan no hp saya,no ofis sy,no laki saya,no tel rmh..knp yg mkcik xcall tu.sy call mkcik kata dia ok.pastu makcik tu diam je.

    argh!mmg x dh la aku nk hntr kat dia.aku balik rmh bf umar mcm org kebulur ko tau.pgang aku xnk lepas2.aku tgk stok susu aku hntr xluak okeh.mknanya mmg anak aku xminum susu xmkn..okeh!decided cr org lain trus.

    alhamdulillah ALLAH nak tolong.aku jumpa sorg mkcik ni yg baik sgt2.first day hntr umar ok xda nngis pun.pepandai je mkcik hr tu ckp anak aku sawan tangis.siap suh aku bwk berubat lg.pui!!nth ke rmh ko tu haaa yg ada apa2..pepandai nak suh anak aku berubat.

    esoknya aku pgi balik rmh mkcik yg first tu,sbb aku tertinggal beg pampers umar.ikut hati mmg pndang muka mkcik tu pun aku xnak.pastu aku tnyla nak byr brp sehari hntr.aku ingat dia nak jwb xpyhla.amboi!siap ckp lg byr ikut hari.nah ambik ko 30rm.pastu aku ckp anak sy ok je.sket pun xnngis hntr dgn pengasuh lain.pndai2 mkcik je ckp anak saya sawan tngis.mmg mkcik tu diam je lah.

    skrg stiap kali teringat rs nak tmpar je org cmtu.pastu lg bc entry ko ni lg rs mcm mencabar.haih!komen aku lg pnjang dr entry blog ko..cmana nih? hahahaa emosi..emosi :)

    semoga hasya bertemu dgn pengasuh lain yg lg baik.aamiin :)

    ReplyDelete
  2. wow.terkejut tengok komen pjg camni.i suka tau..hehe.

    sensitifkan bila orang yang kita harap utk jaga anak kita buat macam tu?bila ko sebut pasal nangis tu,pengasuh tu pernah kata anak aku selalu nangis sebab tersampuk.alasan dia sebab aku selalu balik kuantan-jerantut malam-malam.aku mmg dari zaman memnagndungkan rifdi,sampai skrg kalau long distance memang suka waktu malam sebab tak panas.tak ke pelik selama ni anak-anak aku takde menda pun,dapat kat hasya boleh tersampuk?aku cerita kat abah aku pun abah aku gelak je tau.

    aku nak cerita lagi 1 hal.officemate aku kata kalau nak tengok pengasuh tu betul2 jaga anak kita ke tak,check punggung samada merah ke tak.kalau merah tandanya memang anak kita tak terjaga sebab tak tukar pampers.memula aku kata la punggung hasya tak merah,pastu tetibe teringat dia punya tu yang merah.tepitepi tu merah macam ruam2.dulu haifa pernah kena tapi pengasuh cepat2 beli krim dan memang elok dan berkesan.

    tapi bila aku belikan krim utk hasya ni,pengasuh selalu kata lrim tu tak bagus.pelik jugak.ko tau,sampai luka2 dia punya tu.husband aku suruh jugak letak malam2.last2 skrg dh nampak surut walaupun berparut2.yg pengasuh tu plak suka sgt la sbb dia igt hasya baik sebab kedegilan dia taknak guna krim tu.

    haihh.kalau cerita macam ni memang membara2 rasa nak marah kat pengasuh.setakat 2 hari ni aku hantar kt pengasuh tu lagi,semalam berulang lagi perkara yang sama.time aku nak ambik tu lah pengasuh kata "laaaa..hasya berak pulak ke?".yes.untuk kali ke 150 juta kali.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST