Visitor

18.4.13

revolusi diri

dulu aku bukan macam ni.bukan jenis perempuan yang suka pakai baju kurung (eh.sekarang pun masih lagi).bukan jenis perempuan yang suka nak feminin.pakai skirt apatah lagi.nak melawa jauh sangat.mungkin orang kata tak macam perempuan pun boleh kot.

dulu mana aku nak pakai bedak-bedak,krim muka ni.dulu pakai bedak tabur je,tapi sampai bandar time outing mesti pergi washroom basuh muka.lepas tu baru rasa lega dapat jalan-jalan dalam shopping mall dengan muka sejuk.

dulu uniform harian adalah : tshirt/kemeja-jeans-sneakers/selipar jepun-cap/tudung bawal.dah.wallet kecik sumbat dalam kocek belakang.pastu key/bandana selit kat kocek sebelah lagi.masa dah wujud handphone aku sumbat pulak kat kocek jeans depan.berjalan lenggang kangkung tanpa bebanan.

sumpah cool.

asal dulu aku rambut kontot je eh.nipis kat belakang dengan atas telinga.gigih mak aku kikis rambut tepi telinga aku.jantan sangatla sampai mak aku panggil aku hasan.entah menda-menda punya style pun aku taktau.sekarang ni je baru pandai ada ponytail.dulu masa sekolah ada member kata aku kategori perempuan hensem.hah ko.jatuh pengsan pulak!


masa ni paling spoil.tomboy sangat.
pakai tshirt luar mesti nak pakai kemeja.hakhakhak.
korang carik la sendiri mana satu aku.



masa ni dah pandai la nak lawa sket.
walaupun masih dengan jeans season.
tahan dah tak pakai yang koyak lutut je.

masa ni dah neutral.
baru nak kenal-kenal apa itu baju fit gegirl.kihkihkih.


ha.mesti pelik camne aku boleh drastik sangat berubah penampilan ni ye.jom flashback.
aku start pakai skirt/dress ni pun masa pregnantkan haifa.masa rifdi dulu aku tak reti juga lagi nak lawa-lawa ni.asal dapat baju besar dengan pants longgar pun dah kira okay la tu.

tapi masa pregnantkan haifa,aku mula start beli online dress.time tu pulak terkena time nak raya.lagi mengada-ngada aku cuba dress itu dress ini.biasa la,hormon nak baby girl la tu.sebab tu mengada-ngada pakai nak cantik je.nak wangi je.tapi taknak masuk dapur.over sangat.tapi bila dah hujung-hujung baru rajin sesangat duduk dapur.memasak saje.

lepas dari pregnantkan haifa,terpregnant pulak kat hasya.lagi menjadi-jadi la hormon feremfuan ni menular dalam diri.nak skirt,nak dress.shawl jangan citer la.makin warna warni.konon cover diri yang semakin meningkat usia,kena la main colour muda-mudi.tinggal aku tak berani main blocking colour je.

bila dah beranak 3,amik kau.nak belanja untuk diri sendiri dah terbantut.kena pikir lampin anak,susu anak,makan anak.jadi aku pakai jela pakaian mana yang ada dan paling penting,mana yang muat.yang muat dah tentulah baju-baju zaman sedang besar iaitu mengandung.dan sebab tu la aku sekarang ni pakai pakaian yang ala-ala longgar je.pakai skirt,baju besar (zaman pregnant la katakan).tapi bagus jugak,at least aku dah mula malu nak pakai baju ketat dan sendat.walaupun tak sepenuhnya tapi dapat jugakla membantu aku jaga aurat-aurat mana yang patut ditutup.

ha.itu la ceritanya macam mana aku boleh terfeminin sangat ni.tapi kalau siapa yang kenal aku,kebanyakkannya masih kata fizikal je berubah.perangai,attitude tetap macam dulu.nak buat macam mana,itu kan sifat semulajadi dari kecik.bukan dibuat-buat.kalau kata kawan-kawan lelaki aku dulu,
"ko ni selalu buat aku lupa ko tu pempuan ke jantan!".

hoh.nasib baik laki aku tak kata camtu.haha.

hakhakhak.
ayu sangat la aku tu.



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

3 comments:

  1. weyh...ni gambar bila? siapa yg pegang gitar tu aku mcm kenal. hahaha

    aku teka ko yang berdiri, no 2 dr kiri. iye ke?

    ReplyDelete
  2. fiza,

    haha.tu gmbr masa form 2 kot.sbb yg pgang gitar tu ada lagi.nama dia adli shahmi.ko igt dia lg eh?

    haha.kurus kering pki spek tu,aku la tu..

    ReplyDelete
  3. adli shahmi dulu 1 kelas ngn aku masa form 1. bila tgk2 blk pic tu betul2, mmg ramai kot yg aku kenal. haahaha...

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...