Visitor

11.4.13

rifdi #45

so far,aku seronok tengok perkembangan rifdi since dah pergi sekolah ni.banyak jugakla perubahan dalam diri dia walaupun kalau tengok luaran macam asyik nak mainnn je.nak-nak main game.haihhh.

perkembangan terbaru.

1. Sekolah

Sekarang ibu dia dah tak payah nak hantar rifdi ke sekolah! tiap kali aku turun dari kereta dan pakaikan beg untuk dia,rifdi akan cakap, 'ibu.abang pergi sendiri'.
Lepas tu dia berjalan la sendiri masuk sekolah.aku tunggu jela kat luar tengok dia masuk kelas.memang kelakar la sebab dia saja jalan lambat-lambat.saja!

2. Menyanyi

part paling aku suka.hahah.one day,dia menyanyi satu lagu dalam kereta masa abah dia ambik dari rumah pengasuh.encek ejang cerita,rifdi berkali-kali nyanyi sambil sebut 'tayar traktor'.abah dia pelik.lagu apa tu?rifdi nyanyi lagi dan abah dia rasa-rasa macam pernah dengar tune tu.lama-lama abah dia dapat tangkap.

ooo..dia nyanyi 'raja kita...selamat bertakhta..'.

hahah -- itu lagu favorite dia.terbaru,aku dengar pulak rifdi selalu nyanyi 'pokok bunga melur ...'
..haha.kelakar la rifdi ni.






3. Mewarna

rifdi dah pandai mewarna! -- haha.



walaupun ini hasilnya,tapi aku rasa happy sangat.dia dah banyak belajar.aku pulak memang dari rifdi kecik dah memang aku suka sangat beli colouring book.memang dia just conteng-conteng je,tapi bagi aku biarla.janji dia tau apa itu buku dan apa itu colour.

ohye.tiap kali dia colour buku dengan haifa,dia mesti cakap, 'cikgu/ibu kata,colour jangan sampai keluar'.haha.




oh.itu je kot.nanti kalau ada lagi pertambahan ilmunya,akaknku update.
sekian.






    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...