10.2.11

kegilaan #1 : kasut

haa.korang ada hobi tak?aku,kalau orang tanya aku suka bagi jawapan stereotype iaitu 'membaca'.padahal aku suka baca komik ngan majalah hiburan aje.paling hebat pun novel.bacaan harian aku pulak adalah belog.eh,boleh ke?boleh la kan?bahan bacaan la tu kan?kan?


ok.citer hari ni adalah hobi sebenar aku adalah mengumpul.tak kira la apemenda,aku memang suka mengumpul barang.tapi takkan aku nak tulis hobi mengumpul ni dalam sebarang borang wawancara atau resume.eh,resume mana ada tanya apa hobi kau.tipu betul.agak agak la nak cong pun!


antara barang yang aku suka kumpul adalah mug,paper bag,sapu tangan souvenier orang kawen,tag barang mahal2 kalau aku beli..dan macam macam lagi.tapi arini aku bukan nak tunjuk koleksi barang barang di atas ye.arini aku nak tunjuk koleksi kasut yang aku kumpul sekarang.nak tengok?jom rock and roll!

eh,apesal aku cakap camtu ye?


heels (la konon) & wedges
kiri ke kanan : wedges Leno, heels Alfio Raldo, heels Sembonia (hantaran kawen ni) dan wedges Vern's.


ini kasut kasut kerja time pakai baju kurung atau dress atau baju sopan santun.heels yang konon konon heels purata hanyalah setinggi 1/2" sahaja sebab aku takkan pakai yang tinggi tinggi amat.aku adalah bekas OKU hehe sebab masa student dulu aku penah pakai tongkat gi kelas sebab eksiden.sejak itu,aku tak bleh pakai kasut tinggi tinggi,nanti kaki aku cramp pastu macam macam perangai dan perbuatan pelik akan terjadi.sebelum aku jalan kaki ayam dan kasut berada di tangan,baik aku amik langkah safety first dengan pakai kasut yang tidak menyusahkan.pasni aku ingat nak tambah lagi satu sebab kasut kasut ni dah tak berapa selesa pada aku (ceh!).kena beli lagi la ni.


segala kasut i di wardrobe
okeh.yang ni plak segala macam kasut yang aku ada.tadi ada member lalu lalang kat blakang meja masa aku sibuk edit pun dah ada tanya,ehh,dd nak jual ke ni?berapa harga?saiz apa? jawapannya adalah,ehh.no no no.ni kasut dd la bro,bukan nak let go.huhu.


dulu buat berjalan je kasut ni.pastu tetibe jadi kasut masuk site
kiri ke kanan : hush puppies, polo club


kasut minah scoot satu masa dulu.heh.sekarang dh lunyai bawak gi piling.heh.
converse all star


ini plak kasut bawak masuk site.hehe.yang berdua kat atas tu aku pakai kalau kena naik opis dulu.kalau yang converse ni memang pakai terus desyum ke site.tak formal kan.kang selekeh plak masuk opis.ilang la keayuan aku.heh.


kasut sukan yang tak berapa nak aktif
kiri ke kanan : power, leno, everlast


hah.yang ni plak kasut sukan atau dikenali sebagai sport shoe.walaupun aku ini tak berapa nak bersukan tapi kasut tu wajibul kena ada.fyi,kasut power tu langsung tak pernah guna.aku beli sejurus selepas berkahwin,konon nak berjogging ngan encek ejang.sekali aku termengandung,maka sampai sekarang la aku masih belum guna ye.masih dara kasut itu.hehe.kasut leno tu plak encek ejang belikan.auww.sangat ganas hadiahnya ye.itu pun aku baru pakai bebaru ni.sebab ada lawan pentaque antara jabatan.yang everlast tu aku beli bundle je *tak mampu nak beli yang ori* aku beli masa bujangan dulu sebab nak main paintball punya pasal.beli sama ngan encek ejang.oh,romantika di amor betul.muahaha.


jalan jalan santai santai
atas kiri ke kanan : lupa jenama sandal ni.beli kat Tangs pavilion, sandal leno
bawah kiri ke kanan : beli kat the Store Parade Kuantan, Crocs


yang ni aku pakai wat santai santai je.jalan jalan beli barang dapur ke.biasanya aku pakai selipar jepun tapi selipar jepun sudah jahanam.pastu takdek masa nak carik selipar baru yang cun cun.so,ini adalah antara kasut dan selipar 'cantik' yang aku pakai buat jalan jalan santai santai.


kasut terrrr-best
levi's dan beli di Pavillion BB.


yang ni adalaha kasut ter-best buat aku.sebab yang ni memang favorite sepanjang masa.masih cantik dan terkawal.masih boleh letak di atas kerusi.tengok,sangat dimanjakan bukan?


okeh.sampai di sini saja ruangan koleksi dan hobi i kali ni.akan datang aku nak buat ruangan gini lagi la.best pulak.rasa macam dalam paper je.*yela.kita blogger baru,tak sampai kuota lagi nak kuar paper cenggitu*.hehe.


dush!

2 comments:

  1. hi salam kenal..wah byk giler koleksi kasut...bestnyer.. :)

    ReplyDelete
  2. hai.dd dah link blog elin jugak..tq ye.
    nice to meet u.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST