20.4.11

bila slim

aku bukan nak riak,apetah lagi nak takbur.


kerap kali aku jumpa orang yang dah lama tak jumpa,mesti akan tegur aku dengan ayat camni,
"ehh.dah slim dahhh.."
atau ayat yang sama maksud dengannya.


kalau aku cerita dekat encek ejang,dia mesti buat muka dan balas balik kat aku,
"rabun ke ape orang tu?".
atau ayat yang sama maksud dengannya,yang memang tak setuju dengan teguran orang tu.


dan tadi, masa aku sama sama breakfast dengan encek ejang bersama sama opismate juga kat kedai depan klinik gigi iaitu port biasa aku makan time preggie dulu.akak merangkap tokey kedai tu tegur dengan penuh yakin sekali,

"ehh..tak perasan.lama tak datang.kemain lagi slim ye".

serentak tu jugak encek ejang tersedak dan menyembur air teh o kat muka driver beliau akibat terkejut dengan statement jujur akak tu.


tengok.
dia masih tak bleh terima kenyataan.


ceh.


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST