Visitor

21.4.11

sebab berblogging? kejar traffic? buffered earning?

ramai jugak member yang ada/takde blog tanya aku,
kalau kita berblogging memang dapat duit ek?


aku jawab jujur je.
depends.kalau ramai pembaca,kalau dah glamer,dapat kejar traffic,pandai carik populariti,blog banyak publisiti ..memang dapat la duit.tapi kena ada iklan.tu platform dapatkan duit.


nak dapatkan populariti tu macam mana?nak dapatkan traffic macam mana?


aku jawab la,
ntah.aku pun taktau.maybe diorang ramai kawan dan kawan atas kawan atas kawan blablabla yang follow blog.nak dapatkan traffic pun aku taktau.aku bukan amik tau pun.


bila diorang tau aku ada blog,diorang tanya pulak,
kau dapat duit tak?


aku jawab jujur (lagi).
tak dapat pun.


abih tu?kau berblogging tak dapat duit kenapa?


diam.malas dah aku jawab.
susah bercakap dengan orang yang masih tak paham bab berblogging ni.


pehh.bangga gile menunjuk buffered earning dari nuffnang.
ini plak dari heartbeat.my


aku cuma letak je iklan ni. aku tak harap pun dapat berapa berapa. yang aku tau, aku suka berblogging sebab aku suka menulis. aku suka share apa yang aku nak.


kalau zaman dulu aku selalu tulis cerpen & novel kalau korang nak tau. siap hantar kat majalah remaja suruh publish tapi 1 cerita pun tak penah dapat. last last semua hasil tu hanyut di banjir. yang tinggal ada buku puisi kat tangan bff aku, jamie. dia nak simpan.


so, sekarang ni ada blog. aku rasa inilah tempat patut aku luahkan, macam dalam buku buku yang aku tulis dulu. harapnya yang ni tak hanyut di banjir lah. kalau tak, memang menangis aku.


oh, sebelum tu. aku nak ucap berbanyak terima kasih pada shida sebab dia la aku jatuh cinta nak berbelog. aku jumpa blog dia kat blog sorang sahabat. mulanya sebab aku ni nak berjinak jinak dengan shawl macam kakak aku, tapi bila pakai tak sesuai dengan muka. tapi bila jumpa blog shida ni, aku rasa macam confident pulak nak pakai. pastu terus aku beli shawl kat ohh perempuan (dulu nama dia Big Wardrobe). seronok pakai shawl last last aku beli borong terus dengan dia. lepas tu,aku follow pulak blog personal dia, Shida Idris

membuak buak rasa nak berbelog, aku pun mula berblogging guna wordpress sebab time tu office masih block blogger.com. tapi tak lama tu, aku naik bosan sebab tak reti letak bloglist dalam tu. dalam pada tu, blogger.com dah mula boleh guna kat opis. aku pun ape lagi, bukak akaun baru dan terus tinggalkan wordpress tergantung tak bertali. kejam.


dan start dari situ lah, aku mula berblogging tanpa rasa penat dan jemu. aku pun dah jumpa ramai kawan baru dan kerap jugak berkongsi pendapat, berkongsi petua dan macam macam lagi la. paling best sebab aku dapat macam macam ilmu, tak kisah la ilmu kecantikan ke, fesyen ke, ilmu alam, ilmu hisab..macam macam.


pada aku, itulah tujuan sebenar aku nak berblogging. bukan kejar duit, bukan kejar traffic. dapat duit, alhamdulillah. tak penah lagi orang tolak rezeki setahu aku. hehe. so, kepada orang orang yang banyak tanya pasal earning tu, mintak faham la. berblogging bukan untuk duit. tapi kalau itu dah jadi sumber, maka teruskan. cuma pendapat peribadi, aku letak iklan tu saje saje. dapat duit aku suka je. giler kau tak suka duit. haha*gelak jahat.


gambar hiasan yang memang takdek
kena mengena dengan cerita


heyy :: kenapa orang takut polis trafik?*tetibe.




dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

3 comments:

  1. ehemmmm, shida idris dh datang. hikhik, yeke saya inspired kamu. tapi tulah, saya punye pun br rajin nak berblog ngan aktif sekarang :)

    ReplyDelete
  2. aku berblog sebab saje gatal tangan nak menaip. lagipun banyak sgt masa senggang kat opis,...earning aku berblog ni kalau ditafsirkan hanyalah dua tiga posen je setaun,...hehe...

    dulu-dulu aku ada blog kat friendster,...tapi byk post aku dah delete,...huh!!

    baru aku sadar, ko la sifu aku dlm ilmu belog membelog nih,...TQ dd!!

    ReplyDelete
  3. shida;
    iye.kamulah yang mempengaruhi diri ini.hehe.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...