26.4.11

branded stuff & bundle

merujuk kepada post aku di fb baru baru ni.


taknampakplisklikoyeahhh
ok.malas nak cerita panjang.
baru baru ni aku tengok la safiyyah kat tv9.biasala,ada rina salleh kan.haha.topik baru baru ni adalah pasal branded stuff.


teringat terus aku nak buat entry pasal barang barang branded ni.actually,aku bukanlah pemakai/pengguna brand yang mahal nak mampuih.cukuplah yang aku termampu.


nak kata dari kecik taklah kan.tapi masa aku meningkat dewasa,abah aku dah pupuk dan didik minat membeli ke arah barang yang berjenama tapi harga yang agak affordable.abah aku peminat setia Levi's,Camel,Lee & Dockers.yang biasa biasa yang lain aku dah tak ingat.hehe.


ingat lagi,dulu dulu nak raya abah akan bagi duit rm200 sorang untuk beli seluar/baju/kasut.baju kurung semua dah siap ni.so,pandai pandaila aku 3 beradik iaitu kak ina dan nasrul beli barang.biasanya abah bawak kami ke Levi's.time tu aku dah skolah menengah.maka biasanya jeans kami semua memang dari levi's.time tu harga taklah gilababi macam sekarang.rm120 dah dapat cutting cun cun dah weh.baju t-shirt biasanya kitorang beli dari brand sport macam nike,puma atau adidas.kalau nak banyak pergi Ocean (sekarang dah jadi the Store kat area Pasar Besar Kuantan),beli la baju Diadora ke,line 7 ke..tapi time tu brand sport memang kira best dah.


superlow adalah feveret choice


pastu bila dah wujud megamall,banyak dah brand yang aku kenal macam Giordano,U2..ala.fesyen pun masa tu dah berubah.dah mula gatal gatal nak ber-cardigan,lebih stylo,dengan seluar dockers..haha.tapi walau camne pun,seluar levis's adalah terbaik.aku memang tak ngam pakai seluar lain.maybe cutting dia kot.time tu aku kurus kering weh.so,bila pakai jeans levi's punggung tetap nampak cantik.taklah nampak leper (pipih) je.hehe.


dan kasut pulak memang aku masih kekal dengan converse,line 7,hush puppies & Polo Club.entah kenapa suka sangat brand ni.tahan lama kot.haha.


kasut sekolah ai satu masa dulu
bila dah lama makin besar,makin meningkat usia,macam macam brand aku pakai.kemeja pun nak G2000,Padini,American Authentic,Mickey,..macam macam la.paling takbleh blah,rasa paling koman time tu adalah baju yang beli kat Factory Outlet.eh,jangan memain.baju sini pun mahal mahal jugak ape.


dah keje.kena la beli heels la (konon).pakai vincci,carlo rino,sembonia (feverett)..jarang la aku beli selipar/sandal ni sebab aku tak minat pakai.aku lebih prefer palm atau kasut bertutup.hee..aritu ada opismate tanya,kalau kat kuantan aku beli kasut kat mana?
pastu bleh plak sorang lagi opismate jawabkan untuk aku,katanya jangan tanya la dd beli kasut kat mana.dia tak masuk kedai kasut murah murah.aku pun tetibe je..watdehel budak ni bleh cakap camtu kat aku.aku bukan memilih barang murah ke mahal ke.tapi aku pilih kualiti.beli murah tahan sebulan ape barang derrr..tak ke rabak poket aku nak beli kasut tetiap bulan?


minyak wangi,barang mekap pun.semua nak yang hebat.bukan hebat sangat macam SKII,clinique,..tapi cukupla aku pakai produk Bodyshop,Nivea,Maybelinne,Silky Girl..eh.sampai sekarang tau aku masih kekal dengan brand ni.tak berani derr tukar tukar produk.
kalau ada vending machine gini kan bagus..
ok.sedang berklimaks (opss) dengan branded stuff tu tetibe, aku terjumpa bundle dan aku buang masa banyak sangat kat situ.omg.rupanya banyak giler baju branded kat bundle ye?


start dari tu la,aku mula gile bundle.bayangkan la,kalau aku duduk bundle,aku bleh habiskan rm100 dengan banyak giler baju-seluar-cardigan branded.kau nak jenama ape,Zara,MNG,padini memang berlambak la,giordano,u2,..blablabla.pehh.kalau pandai carik memang kau akan dapat baju yang superb macam baru beli dari Pavillion lahh!*wah ayat orang excited.kemain lagi.


bundle.memang kena rajin pilih.
kalau aku gi opis dengan baju baru,mesti ada yang tegur.cantik la baju.kalau aku jawab,bundle je kak.rm5.pastu mesti macam.."mak aihh.len kali kalau jumpa baju cantik gini beli untuk akak ye".
yang aku taktahan,bila borak ade plak kata ehh,akak tak pakai baju bundle.taknak aku baju bundle.entah baju orang mati ke,orang eksiden ke..aku taktau.


pulak.


aritu aku beli handbag bundle kaler pink rm5,bising pulak kata suruh carikkan.sampai berkali kali tanya,lawanya.biar betul dd..


ishh.ishh.ishhh.


ok.itu semua kisah dulu.sekarang baju aku ikut suka je.asal nampak cantik,murah,aku beli.maybe sebab dah keje,aku kena ada banyak baju.bagi aku,lantaklah baju murah ke,kalau pandai gayakan semua tetap nampak cantik.lagipun maybe sebab aku pun dah banyak beli baju online.so,brand semua tu aku dah tak heran.janji kuantiti banyak.lagipun,sekarang nak beli baju branded pun susah.apetaknya,nak beli nanti mesti terpikir,ehh.baik beli baju anak.so,biarlah dulu.hehe.


pastu kasut pun dah bertukar.tak dapat nak beli kasut kat butik cam dulu dah.sekarang aku lebih suka beli kasut dari brand yang pakai katalog.hehe.aku pakai kasut Leno je wehh.sebab kat jerantut mana ada butik kasut.yang ada pun macam Vern's.aku tak minat sebab kualiti memang tak bagus.pakai 2-3bulan,tapak dah haus.kebanyakannya problem kat tumit dan mudah koyak.
ehh.kenapa ada jay leno kat sini?
maka,apa kena mengena dengan post fb seperti di atas?


ok.yang ni aku tetap tak bleh blah.mentang mentang la aku suka beli barang bundle kan.sampaikan ada masa aku pakai baju baru.ada jugak mulut tak manis tanya,bundle jugak ke?
'hoi kak.kau ingat aku ni tak mampu nak beli baju fresh dari butik ke??'
tapi eh,aku bercakap dalam hati tu.aku tak berani nak meng-hoi-hoi kat orang pun.hehe.aku sekadar kata,
'taklah.takkan la semua barang saya nak beli bundle.baju kurung saya ni mak saya beli kain kat nagoya tau.'
eh.lagi over aku menjawab guna mulut dari guna hati rupanya.


kesimpulan kat sini,baju branded ke,baju bundle ke..bagi aku,sape yang mampu,silakan dengan minat anda.aku paham dengan keinginan masing masing nak pakai barang branded.
biasa la beb.kepuasan tu.nak nak kalau kita kerja.bila dapat duit mula rasa nak beli barang yang betul betul puas hati.


blazer Sawat.bundle je beb.
mungkin zaman aku dah berlalu.aku dah jadi mak budak.so,aku kira duit duit tu better aku belikan menda menda berfaedah untuk anak anak.lagipun aku dah nak masuk rumah baru.banyak nak pakai duit.aku dah tak pikir sangat barang branded ni.ikutkan nafsu memang aku nak je pakai macam dulu dulu,yelah.kita pernah merasa.tapi bila difikirkan balik,biarlah.cukuplah aku dah rasa semua tu.


tengoklah.kot ada rezeki nanti,nak jugak sekali sekala membeli kan?err.seluar levi's pun rasanya dah nak dekat 2 taun tak beli yang baru.hehe :)

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST