27.4.11

rifdi #30 : perkara pasal rifdi yang anda patut tahu.

perkara pasal rifdi yang korang patut tahu.
kalau nak tahu lah.heh (^^)


#1

#2

#3

#4
# kaki game
peh.letih nak melayan kalau dia nampak laptop.kalau tak nampak pun dia akan buat isyarat tangan nak main game 'GoldMiner'.takpun buat buat makan 'aum.aum' untuk game "Plants Vs Zombies'.masalahnya,bukan dia yang main.ibu dan abah ni la yang kena main.dia nak tengok je.phfftttt..


plants vs zombies
goldminer

# kipas-susah-mati jentera berat
asal nampak escavator/backhoe/bulldozer dan seangkatan,semua dia panggil 'Fo' / 'Sho'.ikut sedap mulut dia la.selagi dia tak puas hati tengok jentera jentera dan segala machinery ni,jangan gerakkan kereta blah dari tempat tu.kalau tak,memang sampai ke rumah anda akan mendengar tangisan ntah-hape-hape dia.kebanyakan barang mainan dia adalah berupa jentera berat.


# hantu dvd
kalau dah pasang dvd ultraman,tetibe dia teringin nak tengok toy story.pastu citer tak sempat habis,dah tak senang duduk nak tengok ultraman balik.kalau rak dvd rumah tu,memang dia akan belek satu satu,apelagi dvd dia tak tengok.asal nampak hero pegang pistol,memang confirm citer tu dia suruh pasang.antara cerita yang jadi mangsa adalah shooter,matrix,B12..pehhh.kadang kadang aku sendiri takut nak bagi dia tengok.ganas weh.


hiyahhh.
# suka bukak peti ais
tengah tengah rilex tengok tivi/dvd,tetibe berlari pegi bukak peti ais.macam macam la dia tilik.jap nak air sejuk,kejap nak air batu,nak makan itu ini.nampak sos cili pun menangis nangis ingatkan bungkus coklat.sekali tu,dia masuk bilik bawak tempat bekas telur.aku macam..."haihhhh..abih la telur dalam peti".sekali tengok,amik.4 bijik telur elok pecah berderai atas lantai.faedahnya,jangan tanya la.merah betis kiri kanan.


# kaki sepah
kuantiti barang mainan dah melebihi tahap bakul kain tak berlipat lagi.konon letak dalam bilik dia,biar bersepah dalam bilik dia je.hmm..itu angan angan palsu mak dia je.segala lori,backhoe,bear..dia heret ke ruang tamu sekali.kadang kadang naik menyampah mengemas.encek ejang kata biarkan jela.kang kemas pun bersepah jugek.arghhhh..


# banyak menangis dari bercakap
fine.memang dia lambat bercakap.sebab tu dia rather nangis kalau nak ape ape.memalam kadang terbangun,menangis meraung raung.ingatkan nak susu ke ape,nak selimut je.pastu kat rumah pun,menangis tertonggeng tonggeng ingatkan kenapa.rupanya mainan dia tuuuu lepas ke bawah katil la,apemenda la.ishh..kadang kadang aku sound jugak, "bercakap la rifdi.taklah ibu asek kena teka je awak nak menda".sabo.sabo.


******
ooo.tak semuanya yang negatif.biasala kan,bebudak baru nak membesar.sebenarnya banyak perkara bagus dia ni yang patut korang tahu.


******


# caring
kalau aku dan encek ejang nak makan,dia la yang jaga adik."rifdi,jaga adik.ibu ngan abah nak makan".dia akan jawab, "haa.".kalau aku nak buat keje rumah pun,aku pesan kat dia jaga adik pun dia jawab "haa" jugak.pastu sambil sambil makan/buat ape ape keje pun,aku pantau.tengok dia tetap duduk sebelah adik.bagi Giraffe kat adik,bagi mainan adik..harapnya macam tu la dia ngan adik sampai bila bila.


sweet :)
# ringan tulang
"rifdi,tolong ibu amik botol susu adik".dia carik,dia bagi.
"rifdi,ibu penat.jom tolong ibu lipat kain".(aku memain je).dia datang amik kain.pastu gulung gulung konon lipat.
"rifdi,pijak belakang abah.abah sakit belakang".dia datang naik atas belakang.
heh.alhamdulillah.sejuk perut ibu ngandung.


# paham cakap walaupun kadang kadang out jugak
kalau aku dan encek ejang menilai rifdi ni nakal,tapi orang lain semua kata "baik budak rifdi ni".sebab ape tau.sebab anak orang lain lagi ganas dan buas berbanding dia.rifdi kalau kita cakap,"jangan bukak pagar atau jangan keluar rumah",memang dia tetap duduk senyap,main kawasan sekitar dan takkan berani keluar selagi kita tak bagi.comel bukan?
harapnya sampai bila bila la dia camni.


# independent
dia lebih suka makan sendiri dari makan bersuap.cuma ada masa dia teringin nak makan ape kita makan,baru la aku suapkan untuk dia.kalau tengok dia main barang mainan dia pun,korang akan tengok style dia yang main sorang sorang.pastu kecik kecik dulu pun,kalau aku nak masak ke ape ke,aku bukak je tivi,dia layan la tivi tu.kira senang jugakla menjaganya


# pandai amik hati
nak marah ni,darah dah naik sampai kat kening,ada masa dia tetibe datang "syhhhh",sambil tangan kat bibir.suruh kita diam la tu.kadang kadang dia amik tangan kita,dia cium tangan.pastu,kadang kadang angin baik nak bawak dia round taman,kita tanya je "anak ibu angkat tangan!".dia angkat tangan.cube kalau time kita tak bawak ke mana mana,tanya la macam tu.dia bo-layan je.hahak.


******
sebenarnya banyak lagi perangai yang dia selalu buat.tapi semua yang aku tulis ni adalah common datang dari hati.bukan nak puji atau kutuk anak,tapi itulah pasal rifdi yanh aku nak share.


walaupun masih tak dapat bercakap dengan sempurna,tapi pada aku,alhamdulillah.dia boleh faham segala apa yang kita cakapkan.bijak dan ingatan dia sangat tajam.kalau korang janji dengan dia,dia akan ingat.pastu jalan yang dia lalu pun dia boleh ingat.betul.aku tak tipu.


oh lupe.dan aku wujudkan entry ni special untuk orang yang suka kata rifdi lambat bercakap,lambat berjalan,blablabla..pada aku,alhamdulillah.budak budak ni pun manusia jugak.ada kelebihan ada kekurangan masing masing.paling penting,rezeki masing masing.ingat tu..


{source} google & hakcipta sendiri

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

2 comments:

  1. hukhukhuk....cute'nye rifdi...part paling aku suke adalah perangai yang suke bukak peti ais.

    Anak buah aku ada sorang gitu sampaikan bile mak dia nak shopping barang dapur pun boleh check dgn dia je apa yang dah abis dalam peti ais. Maklum le, anak suke odit peti ais..heh!!

    ReplyDelete
  2. haha.nampaknya kena tunggu rifdi boleh bercakap dengan sempurna.memang aku lantik dia je sebagai auditor.haha.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST