Visitor

10.8.11

9 Ramadhan

alhamdulillah,hari ni dah 10 hari Ramadhan kita berpuasa.tapi eh,aku baru 9 hari puasa.ni kes kena minum air gula aritu la.hadoyaiii..


semalam 9 Ramadhan,setelah berhari hari puas menapau menapai lauk pauk dan juadah dari param,akhirnya semalam aku ke dapur jua.ewah.kembali ke tempat asal.balik keje lepas menapau kuih sebentuk,aku terus berperang di dapur dengan semangat sekali.


mari saksikan apakah menu yang sedia terhidang di dapur setelah berkorban hampir sejam di depan dapur gas?


jengjengjeng*sound effect harus hebat macam la kekdah memasak sehebat chef wantutri.


| ikan bado (sejenis ikan sungai) | daging masak kunyit |
| pulut panggang | kangkung goreng belacan |


ni semua adalah request dari tekak encek ejang.yang request dari tekak aku belum sampai masa lagi.entah bila.pftttt..


dan ini adalah main menu yang dipinta pinta oleh encek ejang.sebab mood aku baik,aku siap bagi resepi lagi kat korang.muahahaha.


Daging Masak Kunyit




Bahan : 

  • 1/2 kg daging batang pinang yang siap direbus,dipotong dan dimarinate dengan kunyit,garam dan 4 ulas bawang putih
  • Sebijik bawang besar yang dimayang sesedap mata memandang
  • 4 biji lada kecil yang diketuk
Cara :
  • Goreng daging sehingga garing.Angkat.
  • Tumis bawang besar dan lada sehingga bau wangi
  • Masukkan daging yang siap digoreng.Tambahkan serbuk kunyit untuk menambahkan lagi warna dan rasa.Angkat.
  • Siap dihidang


Senang je kan?kalau nak tambah dengan kacang panjang pun boleh tapi sebab dalam peti takdek stok,so aku tak letak la.hehe.

okay cik rock.anda boleh buat juadah ini lebih sedap dari yang i buat tau!


heyyy ::
komen encek ejang. : "rasa cukup.sedap.tapi..daging liat.kenapa?"
(cisss..aku sibuk merebus daging tengahari tu dia kata mana ada orang rebus lama lama.tido la dulu.grrr...tu la,degil)





dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. Thank u dD...

    Menu ni akan aku masukkan dalam senarai menu utk aku masak Selasa depan!...harap-harap menjadi dan sedap... :8)

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya sahabat!

    gambatte.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...