16.8.11

butthurt yang propa

ehem.

dah petang pun.dah nak tamat office hour dah pun.aku baru nak update blog?haishh.
ok.petang semalam dan pagi tadi memang aku langsung tak jejakkan kaki kat office angkara 'butthurt'.ini betul betul punya 'butthurt' ni.memang memainkan perasaan sehabis boleh.

tapi sebab 'butthurt' ni la aku pegi bank,nak keluarkan duit.pastu cucuk tengok "WAHH!!".
alhamdulillah,duit yang digembar-gemburkan oleh PM dah masuk.rezeki betul.lepas beli barang untuk berbuka di mana encek ejang dah sibuk sibuk nak masak paprik hari ni *yess.bleh berehat!!*,pegi pasar basah,pergi supermarket beli huggies,susu,barang dapur,pegi klinik tetibe tersinggah Leno tempah sandal untuk preggie mum plus raya sebenarnya..pastu baru la pegi klinik.tungtangtungtang..habis dah rm250 aku!

sekejap je.esok lagi la.
esok pahang cuti,so encek ejang dah ajak pegi temerloh carik baju raya anak.malas plak nak ke KL sebab dah tau confirm dari nak pegi 4 jam jadi 8 jam.nak ke kuantan pun makan masa,maka temerloh la destinasinya.hah,dah carik baju raya budak,paham aje la.harga baju budak lagi mahal dari baju orang dewasa dowhh!tapi demi anak,wa tadak hal beb.takkan anak nak pakai baju bundle / taun lepas plak.mana bleh.

owhh.pasal 'butthurt' tu?
anggapla wa dah takde pape masalah.doktor check tadi.pastu scan baby terus.alhamdulillah,janji baby selamat,tu pun dah cukup.aku 'butthurt' ke,ape ke..dah dapat ubat.insya Allah,malam ni,esok,lusa, bleh recover balik.kalau baby yang ape ape hal?..takleh recover beb!


ok.sebelum blah dan makan paprik encek ejang buatkan untuk juadah berbuka puasa,aku nak ucapkan..

"Selamat bercuti untuk semua umat Islam *untuk negeri yang terlibat sahaja* sempena Hari Nuzul Quran. Semoga sentiasa mengingati keagungan Al-Quran dan jangan lupa menghayatinya terutamanya di bulan Ramadhan ini"


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST