Visitor

2.8.11

Pertama Ramadhan

Salam 2 Ramadhan!

woww.hari ni mata memang hebat nak tertutup je.tak tido since jam 4.30 pagi tadi.kalau tido alamat membabaskan diri la tapi tak dapat nak lewat mana la kan.kalau dah 'alarm' haifa berbunyi tiap 6.30 pagi, pastu 7.30 konpem dah bising bising membebel bersiaran dari konti radio tak hot mana..memang tak dapat la nak merasa bangun tido tengah hari dah sekarang.

eh,semalam anda semua berbuka puasa dengan juadah apa ye?wah.tetibe macam dalam rancangan masakan di dapur bersama chef tu tri for ni kenapa?

semalam encek ejang suruh aku masak je untuk berbuka.dia nak ayam merah.wau!balik keje dah la lambat semalam.pastu singgah supermak supermarket sebab encek ejang nak beli perfume.dia memang tak pakai brand mahal ye.dari dulu dan selamanya sebab bagi dia kenapa nak beli mahal mahal.beli murah sudah.tapi berbotol botol..pehh.banyak gak tu.sama je.cuma bleh tukar tukar bau je.

dan sebab aku pun kena bau macam macam perfume semalam sampai rasa nak muntah,encek ejang offer nak belikan perfume kat aku.kebetulan aku memang dah takdek perfume.yela.pakai bodyshop,dkny.macam la kat bandar jerantut ni wujud sangat perfume brand camtu.kata encek ejang kat aku,tu la berlagak.bila perfume habis mula la taktau nak beli kat mana.balik kuantan time fulus tak meriah.pehh.padan muka aku.dah tak wangi.

so,dapat minyak wangi Silky Girl semalam pun dah rasa timekasih suamiku sebab mewangikan diriku semula.terasa diriku begitu berharga..
eh.tampar jugak pempuan ni kang.bukan masa nak poyo okay!

lepas membeli pewangi badan,kitorang pegi beli kuih seketul dua.abang dapat kuih keria (bukan donat ke?) dan aku dapat kuih tako.cukup la tu.pastu beli air soya.pehh.pehh.lapar tetibe.

siap beli,amik budak,sampai rumah jam 6.30 petang jugak.sampai je,terus berkejaran kat dapur sensorang.mulut plak membebel tak henti henti akibat peti sejuk senget sebab terlampau penuh dengan ayam mentah,ikan lagi.hey.ingat senang ke peti sejuk aku nak penuh camni?

tepat jam 7.20 petang..jengjengjeng..

ini la yang ditunggu tunggu oleh 2 perut
ayam masak merah!

ayam masak merah | kuih tako feveret i |
kuih keria feveret suami i | kobis masak air
alamak.sambal gesek + tempoyak tak masuk dalam gambar la.lupe.

pastu sebab tengok masa ada banyak lagi.terus masuk bilik tengok ape jadi dekat anak anak dan suami.

oo..tengah main gigit gigit tangan ngan abah.

ala.spoil betul gambar parkinson..ceh.

anak pempuan abah betul

baru aku perasan rifdi ikut sape senyum camni

cik haifa yang suka sengih sengih

tapi kalau orang ambik mesti nangis kuat kuat

inilah hero dalam rumah.siapa lagi kalau bukan rifdi.
eh.semalam baru abah dia kata gigi sebijik macam gigi ibu.hehe.
sekali jam dah 7.26..maka masuklah waktu berbuka puasa bagi kawasan ..blablabla.ehh,lupa nak hidang air kat encek ejang.berkerut kejap muka member tu.muahahaha.

berkerut la sangat kan.pastu makan kata taknak bertambah tapi aku tengok sampai lesap 3 ketul ayam sekali dengan pakej 'tolong-amik-nasik-tambah'..itu apa agaknya ye?

dan bukan senang nak dengar pujian dari suami sendiri.tetibe semalam berbunyi,
"sedapnya ayam masak merah.camni laa..".sambil tangan laju laju je suap nasik dalam mulut.peh.aku dah tau memang ayam merah aku kelasss sebab abah & mak aku pun selalu suruh aku buat dari zaman bujang lagi..kalau tak ayam merah,mesti tauhu masak pedas.memang kelass la.eh.sori.terangkat bakul naik lif plak.maafkan saya.

pastu harini update pasal makan mula perut dah buat hal.tetiba je..err..errr..


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

2 comments:

  1. aku cadang esok nak masak ayam masak merah....haha..selera jugak la tengok gamba yg ko attach tu,...photoshop tak?...haaha

    alaaaa...comelnye haifa...nampak gigi bawah dua ulas...

    ReplyDelete
  2. utk pengetahuan cik rock,
    saya tak pandai photoshop.hehe..memang tak pandai.sebab tu tak penah donlod aplikasi beliau.huhu..

    haaa..masak ye.pasti berselera time berbuka.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...