Visitor

24.8.11

spaghetti & mushroom soup

eh.petang kelmarin kemain lagi excited nak balik rumah berbuka sebab encek ejang janji nak masakkan spaghetti untuk berbuka.tengahari tu kemain lagi beli barang kat supermarket.siap beli bekas kuih raya baru lagi.tapi sekali bila aku naik kereta je time dia fetch after keje.."pehh.ini bau pais tempoyak ni!"

ala sayang.sori le.abang lupa pagi tadi abang dah order paih talapia kat kak amsar *gerai feveret*.pastu abang terbeli plak asam pedas keladi dengan sambal sotong.tapi takpe,abang dah belikan sup cendawan dengan kuih tako kat sayang.masak nasik je la.air nes o ais ye!

ceh.baik betul cover perasaan.tapi takpe.esok pulak la masakkan spaghetti ye!

dan tiba la hari semalam,time aku dah siap pakai baju kurung nak pegi keje.

sayang..sakit kepala.tak bleh bangun.

err..camne ni?kuih yang orang order dah sampai opis,driver amik semalam kat rumah mak aku.aku nak pegi sendiri dia tak bagi plak.nampak gayanya kena tinggalkan pesanan aje la.so,semalam kiranya the whole day tak pegi keje,jadi housewife yang paling comel sekali kat rumah.

dah masuk jam 5.30 petang,maka standby la aku siapkan bahan nak buat spaghetti.first time ni.nasib baik kelmarin dah siap print resepi.hehe.aku amik resepi kat sini.

dah siap,excited kemain la nak snap gambar kan.sekali aku tertuang semua kuah atas semua spaghetti.alamak.aku taktau plak encek ejang suruh asingkan kuah.huhu.


nasib la kan.dah merasa spaghetti kurang kuah.takpe,aku dah merepair balik masa sahur pagi tadi.kebetulan pulak aku beli sos Prego tu sampai 2 tin.haha.oh yes.sahur spaghetti lagi.nasib baik dah terer sket dari semalam.

pastu special untuk rifdi,aku buatkan mushroom soup.spaghetti makan jugak.dasar budak western kan.



so,macam biasa,bagi 2 senduk dah habis dia jerit "NAKKK!!".
second round,okay.dah kenyang la tu.

sambil tengok Geng Mengaji,encek ejang cedokkan untuk diri sendiri,sekali rifdi amik lagi nak makan.dah habis,ulang semula "NAKKKK!!".
err..dah habis!nasib baik tak mengamuk sebab aku gantikan dengan biskut Cloud 9.hehe.

ini hasil snap oleh rifdi.banyakkan belajar anak!

oh yes.kepada mereka yang ragu ragu dengan Prego,please please please check status halal produk tersebut di sini. {JAKIM PAGE : HALAL MALAYSIA}

dan ini adalah keputusannya.

tak nampak? KLIK la.

heh.jangan was was sangat okay.makan mana bleh was was.kalau tak,jangan makan terus.

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...