Visitor

11.8.11

kereta abah

tetibe on the way pegi office petang ni rindu kat kereta wagon abah. kereta tu baru lagi kena angkat naik lori besi buruk kat rumah kuantan. sedihnya. rindu pulak :,(


yeah.camni la kereta abah tu.sebijik!
sumber : google


dulu dulu, masa kitorang ada 5 beradik (abang sulung dah meninggal 10 tahun lepas) lagi, kalau time nak balik kampung mak kat Kampung Awah, Temerloh (dulu bawah jajahan Temerloh,bukan Maran macam sekarang) atau nak travel long distance, kereta tu la yang banyak berjasa. sebelum tu abah pakai Volkswagen. alah,kalau dulu dulu masuk je mana mana kampung budak budak suka sorak sorak 

"kereta katak! kereta katak!"

eh,kurang kurang bapak aku ada kereta,bapak kau ada?..ha.amek kau. tapi aku tak pernah la cakap camtu. biasanya aku nangis. haha. bodo betul.


kereta pertama keluarga aku.tapi
beetle abah aku kaler merah beb.lagi cantikk.
sumber : google


kalau naik kereta wagon tu, aku selalu kena duduk belakang sekali. yela, abanglong, abangah ngan kakak aku dah tentu kat passenger seat. adik aku atas riba mak aku. takpun gilir gilir la dengan abang atau kakak aku.


aku plak, ko tau kat mana? ha, kat bonet kereta yang lapang giler tu. situ la port terbaik aku. siap bleh baring baring lagi. kalau time nak balik kampung / travel, barang barang memang penuh tapi tetap ada port untuk aku yakni bertilam dan berbantal sakan la kat belakang. bestnya.


masa tu plak abah selalu pasang kaset kumpulan Kembara. takpun Sweet Charity. lagi la rasa macam terbuai buai dek perasaan kalau duduk belakang tu.


kereta ni ibarat macam darah daging family kitorang plak. pernah sekali hilang dalam tahun 1990, memang sedih la. patah kaki masa tu. merata abah carik. dengarnya sampai kat muadzam shah. orang nampak kat shell sana. lepas tu, hilang entah ke mana mana.


satu hari tu, kebetulan tadika adik aku ada sukaneka kat pantai balok. kitorang semua pergi la ke sana, tetibe ada orang datang kat abah kata jumpa kereta abah kat rumah orang. bergegas abah dengan kawan kawan dia pergi kat rumah orang tu dan series, memang itu kereta abah. tuan rumah tu bagitau, dia sedar kereta ni ada kat rumah dia pagi tu sebab kereta dia plak kena curik. check semula rupanya kereta abah tu dah takdek minyak. agaknya sebab tu la pencurik tu stop kat situ pastu curik kereta lain plak.


abah aku cerita, dalam kereta abah tu penuh dengan picagari dan alat alat seorang drug addict. maknanya pencurik tu seorang doktor yang tak pro la. kira lepas jumpa dan ambik kereta tu, abah cuci dan bersihkan balik semua, cat baru tapi tetap colour putih.


lepas pada tu,memang lama la kereta ni berjasa pada keluarga aku.


dalam taun 2000 kot, abah tetibe beli kereta Proton Saga dari kawan dia. mungkin abah teringin nak pakai kereta baru. dah lama pakai, abah tukar enjin kereta Proton tu pada enjin Mitsubishi, convert enjin 1.6.elok je keluar bengkel hari tu, malam tu adik aku nak hantar kawan kawan dia balik rumah, kereta tu accident dan total lost. sedih gile family aku masa tu. nasib baik adik aku takdek apa apa. orang kata adik aku bawak laju tapi pastu hentam pokok dekat jalan masuk rumah aku. macam pelik je kat kawasan kampung camtu dapat bawak laju tapi adik aku kata masa dia bawak tu tetibe jalan gelap, itu yang hentam pokok terus. entah la.


pastu abah beli Wira Aeroback. tak silap aku dia beli dengan kawan dia jugak. lama jugak pakai, pastu abah aku beli lagi kereta Wira pulak dengan sepupu aku. abah memang la, pantang dengar orang terdekat nak jual kereta. last sekali, abah beli kereta Dutson lama, buat kereta basahan untuk kerja dia, kerja kontrak. kerja baiki paip rumah orang, keje buat rumah orang, baiki itu ini..


dan sekarang kat rumah kuantan tinggal kereta Wira dengan Dutson lama tu je. Wira Aeroback abah jual kat adik aku yang keje Puncak Alam, dia suruh sambung bayar je. kereta wagon tu plak baru lagi kena angkut dengan lori besi buruk. mak aku siap snap gambar lagi masa kena angkut tu. sedihnya rasa sebab kereta tu la paling banyak bagi kenangan kat kitorang satu family. pehh.


eh, aku penah hampir kena langgar dengan mak aku sebab kereta tu la wey. mak aku nak masuk parking, aku plak bertenggek kat tangga porch. sekali mak aku tertekan pedal minyak, terus hentam tangga. nasib baik aku sempat lari, kalau tak hancur berkecai macam tangga tu jugak. pehh.


series.tetibe rindu sangat kereta wagon tu.nak raya pulak tu.


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...