entry itu hari aku dah story betapa aku lembik hilang tenaga semua.tapi alhamdulillah,puasa tetap tak kantoi.sebab aku pikir kalau aku tak puasa,nanti aku makan,makanan keluar balik.lapar dah satu hal,seksa badan plak rasa keluar masuk toilet.bleh krem kaki woo..
malam sabtu tu,aku berbuka nasik dagang bungkus je.tapi best woo..asek mengulang makan berulangkali dari iftar bawak ke moreh!
aku plak siang siang dah demand nak epal hijau dengan encek ejang.*tips : kalau diarrhea perlu makan epal hijau untuk melegakan kesakitan.series,sila try.sebab tu la ubat terbaik aku*
so,apabila sahur hari sabtu tiba,aku pun bangun jam 4.15am.macam biasa.hari ni encek ejang kata nak makan kuey teow.aku keluarkan bahan dengan muka tak berapa nak okay.lembik lagi rasa.padahal malam tu dah belasah nasi dagang entah berapa round.tetibe aku tengok encek ejang dah siap siap bawak turun kuali semua.eh?
"takpe.takpe.sahur ni biar abang masak.nak kuey teow kungfu?".
peh.aku rasa time tu mata kuyu garfield aku tetibe bersinar sinar.wooww.terus aku duduk siapkan bahan bahan nak masak.itupun apa yang encek ejang mintak la.kira pagi tu dia chef aku ni kuli batak jugak la.
tak lama lepas tengok satu satu keje yang dia buat,akhirnya...taraaaa!!
nasib baik lepas makan kitorang tak berkungfu.haiyyahhh.
tak ketentuan hala la sape sape yang tertengok dan terbaca entry hari ni.perut aku dah berapa kali berbunyi padahal jam baru pukul 10.00am.ini adalah sebab pagi tadi sahur buat sambal bilis terletak banyak asam jawa.tak pasal pasal terpahit ever.tak habis nasik kedua-dua suami isteri.pehh.
oh,ada yang nak resepi kuey teow kungfu?
meh aku share sebab kan aku yang tukang sediakan bahan.haha.
Kuey Teow Kungfu
Bahan :
malam sabtu tu,aku berbuka nasik dagang bungkus je.tapi best woo..asek mengulang makan berulangkali dari iftar bawak ke moreh!
aku plak siang siang dah demand nak epal hijau dengan encek ejang.*tips : kalau diarrhea perlu makan epal hijau untuk melegakan kesakitan.series,sila try.sebab tu la ubat terbaik aku*
so,apabila sahur hari sabtu tiba,aku pun bangun jam 4.15am.macam biasa.hari ni encek ejang kata nak makan kuey teow.aku keluarkan bahan dengan muka tak berapa nak okay.lembik lagi rasa.padahal malam tu dah belasah nasi dagang entah berapa round.tetibe aku tengok encek ejang dah siap siap bawak turun kuali semua.eh?
"takpe.takpe.sahur ni biar abang masak.nak kuey teow kungfu?".
peh.aku rasa time tu mata kuyu garfield aku tetibe bersinar sinar.wooww.terus aku duduk siapkan bahan bahan nak masak.itupun apa yang encek ejang mintak la.kira pagi tu dia chef aku ni kuli batak jugak la.
tak lama lepas tengok satu satu keje yang dia buat,akhirnya...taraaaa!!
nasib baik lepas makan kitorang tak berkungfu.haiyyahhh.
baru siap.dah tak sabar sabar nak snap. |
itu tangan si suami. dah tak sabar sabar suruh aku snap dalam pinggan pulak |
isi banyak ni je?dah tentu aku kena makan double round.hikhik |
oh,ada yang nak resepi kuey teow kungfu?
meh aku share sebab kan aku yang tukang sediakan bahan.haha.
Kuey Teow Kungfu
Bahan :
- Sebungkus kuey teow *TIPS : jangan letak bungkusan dalam peti terutama bahagian ais,bahagian daging & bahagian sayur.nanti kuey teow akan melekat-payah-nak-lerai.hancur pulak time masak.kalau nak isi jugak dalam peti,sila letak dalam container/tupperware*
- 4 ulas bawang putih & sebijik bawang merah yang ditumbuk
- Ayam yang dipotong kecik2.terpulang nak berapa banyak
- Baby corn.eh,yeke.ala,jagung kecik kecik tu.penting sebab ini la yang mempengaruhi rasa nanti.ikut suka nak banyak mana.
- carrot yang dipotong halus.pun ikut selera nak banyak ke sikit ke.
- 4 biji lada kecil yang diketuk
- 1 kiub ayam
- 1/2 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan air
- 1 biji telur
Cara :
- Panaskan kuali dan isi minyak secukupnya untuk menggoreng kuey teow.Agak agak dah masak,angkat dan isikan di dalam bekas pilihan.Ketepikan.
- Panaskan kuali dan isi minyak untuk masak kuah kungfu.tumis bawang yang ditumbuk tadi.
- Masukkan ayam,babycorn & carrot.Tambah air.
- Masukkan kiub ayam tadi dan perlahan-lahan masukkan bancuhan tepung jagung
- Pecahkan telur dan gaul kuah tersebut
- Masukkan lada kecil yang diketuk dan biarkan mendidih.
- Masukkan garam & gula secukup rasa.
- Dah siap masak,tutup api.
- Tuang kuah ke dalam bekas pilihan yang berisi kuey teow tadi.Siap dan boleh dimakan.
Apa lagi korang.cubalah!
Aku dah makan dan memang terbukti sedap.hehe.
ツdush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
No comments:
Post a Comment
ini kotak komen. bukan kotak romen.