Visitor

29.9.11

Kipas-susah-mati dari Hong Kong!

kalau ber-blogwalking,naik cemuih aku tengok budak budak sekolah yang suka sangat layan K-pop.eh,bukan budak sekolah aje la.ramai je yang dah jadi mak budak pun minat sama.tapi aku tak ye.aku terkecuali.aku tak minat.

tapi untuk pengetahuan semua,aku adalah peminat kipas-susah-mati filem Hong Kong dan Japang.ewah.macam ada orang peduli.

secara tak sengajanya,aku memang dari kecik memang kipas sangat la dengan filem Hong Kong ni.kalau ikut zaman,dah tentu masa kecik hero feveret adalah Jackie Chan.ada sape tak kenal Jackie Chan ke?hah.ade yang makan penampar kang.nampak sangat menipunya.

lepas tu,wujud plak pelakon kungfu yang hebat macam Jet Li.yang ni pun kalau ada yang tak kenal aku rasa macam menyesalnya ada orang yang tak penah tahu pasal dia ni.

bila dah makin remaja,pelakon yang diminati bertambah tambah.genre filem pun dah tentu jadi makin sukakan komedi romantik.bukan lagi cerita aksi lagi berlagak ganas tunjuk macho aku pun terer kungfu dan kung tau juga.

aku paling sukakan heroin yang bernama Sammi Cheng, Cecilia Cheung, Miriam Yeung, Kelly Chen dan Gigi Leung.muka masing masing sangat comel pastu ada style la masing masing.paling aku suka sekali dah tentu Sammy Cheng sebab tu aku letak nama dia nombor 1 dalam list.

nak aku kenalkan satu satu ke?

Sammi Cheng
drama paling aku ingat Man's best Friend.Filem plak banyak macam
Needing You, Summer Holiday, Love On Diet, Fighting For Love, Marry
A Rich Man, Killing Me Tenderly, Magic Kitchen, The Lucky Guy,
Infernal Affairs, Good Times Bed Times, My Left Eye Sees Ghost,
arghhh..banyaknya yang best!

Cecilia Cheung's family - with Nicholas Tse
yang ni feverett!cantik sangat.dengan suara serak dia.
Filem best dh tentu Para Para Sakura, Everyday is Valentine, Cat & Mouse,
Lost In Time, Tokyo Raiders, Fantasia dan banyak lagi weh!

Miriam Yeung.muka dia macam Sammi Cheng tapi jaw dia lebar sket.
dia ni aku kurang ingat tajuk filem & drama.tapi aku ingat dia penah jadi
model untuk iklan Sugus.dia main skate masa tu.hehe
Kelly Chan
ini perempuan banyak cantik dan sangat gorgeous.filem dia yang hot
adalah Tokyo Raiders, Lavender,  It's A Wonderful Life, And I Hate You
So, dan err..tak ingat dah.
Gigi Leung.
dia ni aku minat jugak tapi aku paling tau dia la heroin cerita
Turn Left Turn Right.dia ni unik.

itu baru bab heroin.kalau nak list bab hero ni la yang aku lemah.aku taktau mana satu pilihan hati.eh.teruk benar.tapi ketara paling aku rasa berdebar-debar jantungku adalah bila menonton filem lakonan Takeshi Kaneshiro.aku rasa dari mula filem sampai habis pun aku jadi macam perempuan tak penah nampak jantan.encek ejang sendiri dah paham tahap kerakusan diri ini terhadap abang Aniki (nama pena beliau). T_T" lemah jantung tetibe.

Ya Allah.Ya Allah.hensemnya.rasa nak histeria sekejap.perkenalkan, ini
Takeshi Kaneshiro.
mula mula jatuh cinta pandang pertama masa dia berlakon filem Forever Friends.
pastu citer hot lain adalah Turn Left Turn Right, Lavender, No Sir, Mermaid Got Married,
Lost And Found, Tempting Heart, Young Policeman In Love, Trouble Maker..
dah.cukup.cukup.bagi kat orang lain plak.
jejaka lain plak yang mampu buat diri ini terlekat depan kaca tivi tapi tak dapat menandingi tahap kehisteriaan pada Kaneshiro adalah seperti :

Louis Khoo
ini pun bleh buat aku gilaaaa!! hensemnya la hai.macam muka Awal pun ada.
drama best adalah Man's Best Friend (dengan Sammi Cheng) & Burning Flame
filem best,banyak..antaranya Troublesome Night 1-6, All's Well End's Well,
Run Papa Run, Rob-B-Hood, Lost In Time, Fantasia, Love For All Season
dan banyak lagi.tak terlarat nak pikir.

Tony Leung Chiu-Wai
muka tak la hensem mana.dahla muka lebih kurang Stephen Chau tapi kalau
bab berlakon,pehh.memang feveret la.antara filem yang top Infernal Affair,
Fighting For Love, Tokyo Raiders, My Lucky Star, Healing Heart, &
Love Me Love My Money.cerita lain aku dah tak ingat!
yang lain lain tu hero biasa biasa feveret adalah macam Cheng EkinRichie Ren, Aaron Kwok, Andy Lau, Stephen Chau, Nicholas Tse, dan sape lagi ye?tengok.sampai tak terlarat nak gugel muka sorang sorang dah.punya la ramai hero dalam diri tak termasuk Che-Ei-Jang (baca : encek ejang).haha.vodo jugak lawakku ini.

ini baru kisah filem Hong Kong.tu pun dah semput.tanjat boboi!
pasni aku nak sambung plak dengan hero Japang.bleh kan?.

haha.tunggu aje la pasni ye.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...