22.9.11

puding jelly orang malas

perut lapar ni.tetibe teringat pada isi dalam fridge kat rumah iaitu puding jelly aka puding orang malas.

okay.

ahad lepas,sebab encek ejang takdek kena keje,maka dari pagi sampai malam memang upacara buat makan makan untuk perut sendiri dan perut anak anak.since pagi dah macam macam menu buat.last last buntu takdek ape nak dibuat,last last tak sampai tengahari terpikir nak buat puding jelly.stock ada jadi ape salahnya aku buat.sementara haifa tidur,aku pun gigih la buat layer pertama untuk puding ni.dan macam biasa,rifdi la insan paling sibuk sekali.

sibuk nak tengok time masak, sibuk susun nata de coco dalam bekas & sibuk nak tuang dalam bekas.

bila dah siap,simpan dalam fridge,entah berapa kali pulak dia spot check tengok jelly dah keras ke belum.

3 jam lepas tu.haifa tidur plak kali kedua.aku dengan rifdi gigih pulak buat layer kedua.kali ni kena main dengan air menggelegak betul baru bleh masukkan susu cair dan gula.pastu tutup air baru masukkan serbuk puding.bagi sebati baru boleh tuang dalam bekas jelly tadi.kali ni tetibe haifa bangun tidur.

cepat je aku mintak tolong rifdi tengokkan adik.siap tuang aku jenguk dalam bilik,olohh..sweet tengok abang tengah enjutkan buai adik.haha.

kira dah siap,malam tu terus potong potong ajak rifdi makan puding jelly ibu yang pemalas ni.haha.


tak silap aku buat 4 bekas kecik dan 1 bekas besar.
alih alih pagi tadi tengok tinggal 2 bekas kecik je.mana lagi yang lain?
hehe.

so,nak buat macam mana?kacang jelah.macam aku guna bahan ni je :

Layer 1 

  • Serbuk jelly Konnyaku - perisa kiwi
  • Nata de coco - perisa mangga
Layer 2
  • Serbuk puding segera.aa..tak ingat brand ape - perisa mangga
  • Susu cair
  • Gula
Kaedah :

baca je kat kotak.tak susah.haha.yang lain ikut kreativiti sendiri.
biarkan sejuk dalam peti.kemudian boleh hidang dah.yaaa..sila makan sendiri ye.

okay.selamat mencuba semua!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶
dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. macam main masak-masak je anak beranak..hehe,...

    ReplyDelete
  2. hehe.rifdi ni antara menda dia minat adalah memasak.kalau aku masak or buat ape2,mesti dia nak turut serta.heh!

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST