Visitor

22.9.11

terima kasih

pagi tadi,sebelum encek ejang tetibe kena gi kuantan,aku sempat la breakfast dengan beliau.eceh.padehal memang every morning camtu.kecoh betul.

ok.dipendekkan cerita,siap makan kat port biasa encek ejang panggil akak tu suruh kira.pastu dia bayar sebab wallet aku ada 4 inggit je *kihkihkih*.sambil tu encek ejang hulur rm10.

"terima kasih".

tak lama akak tokei kedai tu datang semula hulur balance sambil tu sengih sengih kata kat aku,

"jarangnya dengar isteri cakap macam tu kat suami.sejuk suami dengar tahu!"

eh?aku cakap ape?

"dd ucap terima kasih tadi kat man (encek ejang) kan?.."

"aah..".muka aku blur lagi.

"bukan senang nak dengar isteri nak ucap macam tu kat suami.bila dengar macam ni,akak pun rasa sejuk dengar.ini kan plak man"

aku ngan encek ejang gelak je.rasa macam ehh..aku je ke isteri camtu? tetibe rasa macam awesome je.haha.perasan pulak.

entahla.pada aku la,aku memang biasa je ucap 'terima kasih' dengan encek ejang.bukan pada dia je,pada semua orang la kalau ada buat something yang baik baik kat aku.dah terbiasa dari kecik macam tu.

macam tu jugak perkataan 'minta maaf'.aku rasa aku takdek masalah bab mintak maaf.bagi aku kalau dah terbuat salah,wajib mintak maaf.kadang kadang tu,walaupun encek ejang yang buat hal pastu tak nak cakap ke ape,aku plak yang mintak maaf dulu.aku memang mudah kot nak ucap menda menda camni sebab pada aku,aku sangat ikhlas.

bagi aku kalau husband & wife,ucapan macam ni penting sangat sebab nak tunjukkan kita appreciate masing masing.takdek la kalau husband buat sesuatu macam tolong susukan anak skejap je while dia tengah tengok game live liverpool dan kita pergi berak pastu dah bila dah siap,kita ambik anak dan buat taktau kat husband.

adeh.dah la mengganggu konsentrasi dia,pastu kita langsung tak say thanks ke,ape ke.tak ke buat dia rasa hampeh punya bini!

macm tu jugak kalau bab marah marah,even salah suami terlupa nak asingkan baju anak dengan baju makbapak dalam separated laundry basket.takpe,maafkan dia.memang perangai orang lelaki macam tu.diorang bukan alert pun bab remeh temeh camni.macam tu jugak bab jemur baju anak.macam encek ejang dia kata dia paling tak minat bab jemur baju sebab leceh tengok aku gantung baju anak satu satu pakai hanger,pakai sepit yang kecik kecik tu,baju sendiri pun dia rasa macam nak gile gantung satu satu pakai hanger.heh.paham dah tu.biarkan.maafkan la dia.dia dapat tolong basuhkan kain pun aku dah cukup appreciate ape.

so,pade aku apa yang akak tokei kedai tu mungkin betul jugak.maybe ramai orang tak pandai nak berterima kasih zaman sekarang ni.

eh,kadang kadang tu aku plak yang nak marah bila time kereta selisih.encek ejang angkat tangan bagikan ruang pun orang taknak langsung angkat tangan balik.eh,susah sangat ke nak angkat tangan?bukan suruh turun kereta pastu ketuk tingkap kereta kitorang pastu ucap 'terima kasih' pun!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶
dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. kalau ko cakap kat ejang "barakallah" (semoga Allah memberkati) lagi cantekkkk....mesti akak tu betambah respek kat korang...hehehe...

    tapi aku lak suke ckp 'thank u'....kalau nak mintak maap aku ckp 'sori'...cap orangputeh betul..hakhakhakkk

    ReplyDelete
  2. fuh.kalau aku cakap camtu ek,agaknya dia pikir bagus betul dd ni yek.mesti aku jadi makin poyo.haha.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...