Visitor

27.9.11

Klinik, Magnum & Oasis

keluar rehat dari office sangat awal hari ni sebab nak pergi klinik.bukan untuk baby's check up tapi pergi klinik private.mintak doktor tengokkan ape kena kulit mak budak ni.makin teruk gatal dan aku pun dah confuse,ini betul betul gatal ke atau hanya alahan since pregnant.habis segala sudut pelipat dan leher serta tangan mengalami masalah gatal melampau.asek nak menggaru je.kalau tempat lain tu aku redha lagi.tapi bila kat leher,rasa sengsara sangat nak nak time pakai tudung sebab berpeluh.habis tu,takkan aku kena freehair.haih.gile ape.sebab macam ni sampai nak tanggal tudung.nauzubillah.

kata doktor aku ada 3 problem pada kulit : eczema,  fungal infection, dan apemenda entah,aku dah tak ingat sebab dah hilang fokus.hehe.

maka,doktor telah bagikan aku segala macam ubat sapu untuk tempat yang berbeza serta sabun juga untuk tempat yang berbeza.sadis.aku kalau boleh taknak ubat sapu sebab leceh gile.sebelum ni aku selalu sapu econozin.efektif tapi leceh tu la.kalau dah sapu malam malam hari before tidur,pastu anak anak nak susu.dah kena basuh tangan dulu.lepas tu nak sapu ubat semula?ceh.jangan harap.

doktor pesan lepas ni,sapu ubat before tidur macam biasa.kalau anak nak susu,suruh abang buatkan.hehe.

bila aku keluar bilik doktor,aku cerita semula kat encek ejang dia cakap,nasib baik abang tak masuk sekali.kalau tak nahas doktor abang kerjakan.cewah.ganas sangat bunyinya kau!.encek ejang tu,kalau orang ajak bertumbuk,mana dia nak layannya.lain la kalau aku,orang ajak bertumbuk,aku on je.haha.

lepas ambik ubat,encek ejang pergi 7-E kat sebelah klinik.kata nak beli roti dan tuna dan yes!...kami beli ini.sebab masa tengok iklan aiskrim ni kat tivi masing masing mata nampak berkaca. T_T. oh magnum my lovely!


wah,sampai rumah makan dengan penuh kasih sayang sebab rasa sayangnya nak habiskan!!


model magnum tak berbayar
zoom untuk menggalakkan pertumpahan saliva ke atas keyboard korang semua

siap makan,sementara nak tunggu tidur,encek ejang kata hari ni nak tengok movie lain pulak.aku plak dah hilang ke toilet pastu tetibe dengar crowded bersorak sorai dengan sound effect yang macam kenal.

"oasis ke?".dari toilet.
"mana ada! ustaz akhil lahh!!".nampak benar mentipu.ustaz akhil dan crowded dan sound yang over giler tu??

elok aku keluar memang terus dengar suara Noel perform Wonderwall.
maka tengahari tadi kami tidur dihiburkan oleh konsert Oasis.
.Lullaby.

itu yang terlajak agaknya.nasib baik aku bangun jugak.kalau tak,mesti tak wujud entry ni petang ni!.hahah!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. over sungguh model tak berbayar ko mkn eskrim....hahaha...

    ReplyDelete
  2. yeahhh.model tu mmg selalu sgt over.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...