Visitor

15.9.11

wishlist

kalau ikutkan hati,rasa macam banyak betul wishlist dalam hidup sekarang ni.nak itu nak ini.tapi bila dikaji dan diselidiki sebaik baiknya,antara wishlist terhangat yang aku nak buat masa ni adalah seperti (ehem.suara serak plak tetibe) :

1# ada rumah yang boleh dihias macam kediaman mat saleh.ada laundry,ada kitchen,ada laman rumah yang best..pehh.rumah actually dah beli tapi lambat lagi nak siap.sabar la wahai diri sendiri.

2# ada bisnes sendiri.kurang kurang ada butik tudung sendiri.yang nak sekali adalah buat part time fotographing & edit gambar.takpun jadi event planner ke.janji melibatkan kerja yang memerlukan kreativiti

3# ada kereta sendiri.tapi bukan masa terdekat ni la sebab sedar diri tak mampu mana

4# travel luar negara dengan family.bila bila masa.dapat gi singapore pun dah rasa puas hati la.

5# nak pakai gadget yang terbaru je.dslr baru,tab baru,henpon tercanggih..kira taknak kalah la.

6# nak hantar anak anak masuk kelas muzik.err..tetibe.

7# paling penting,ada duit setiap masa.tak payah pening pening bila tengah bulan ke hujung bulan ke.nak beli apa apa pun tak kisah.tak payah nak budget budget.kira kalau shopping banyak mana pun duit tak habis lagi.

8# nak jadi seorang yang sangat terer bab memasak.

9# jadi seorang wife dan ibu tanpa perasaan negatif sedikit pun.apa yang suami dan anak mintak,semuanya okay je.no problem!takdek marah marah dan takdek rungutan sedikit pun.

10# nak balas jasa mak abah sehabis boleh!

sakit perut pulak.banyak sangat makan kuih raya la ni.




dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. saya doakan agar awak akan capai semua impian yang awak harapkan ni...

    AWAK BOLEH!!!


    ***kuikuikui....tetibe bahasa buku....

    ReplyDelete
  2. bahasa buku yang comel.

    terima kasih.

    hehe.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...