Visitor

4.6.12

request

duduk di rumah tanpa sebarang tugas di rumah memang awesome.
tapi aku ni seorang isteri dan ibu.kalau takde tugas tu maknanya memang huduh sangat perangai.

tugas paling penting dah tentu memasak.walaupun masak tak hebat macam dalam masterchef,tapi masakan tetap laku di perut suami dan anak-anak.sebab tu la malam tadi sampai kena carik gas sebab gas habis masa merebus daging.dah satu kerja kena carik kedai runcit malam-malam hari.tu pun sampai terpaksa lalu dekat kuil yang meriah gila sebab orang Hindu ada upacara sembahyang.gila.sampai jammed jalan ke kedai tu.punya la menderita sepanjang perjalanan.satu keluarga pulak tu keluar carik gas!

sebab menderita terlampau lama tu la encek ejang kata malam ni kita bungkus char kuey tiow ajela.
tak sangka pulak aku menderita sampai ke hari ni sebab TERmakan udang dan kerang.ye,TER.ulang suara.
tangan aku kembali gatal dan hidung aku tersumbat.adoyaiii..

spagethi goreng ala melayu

pagi-pagi ahad rifdi mintak mee.
"ibu..abang nak mee".
ah sudah.mee mana ada.spagheti ada la.so,pagi tu aku buatkan la spagethi goreng untuk dia.nasib dia makan jugak.tu pun aku main campak je sebab cili kering dah abis.pakai apa yang ada je.hehe.

kira aku masak spagethi melayu la sebab aku tumbuk bawang letak belacan.haaa..melayu abis.


kalau abahnya pulak asal masuk petang,konpem request cekodok bilis.
kadang-kadang dia tak request pun aku dah buat dulu.paham sangat perut suami.
anak-anak pun sama jugak,dah jadi favorite pulak ye.
sos untuk ibu dan anak sama je,mayonis + sos cili.abah dia sos lain,sos pedas.

kalau air,memang semua suka kopi.kau jangan tanya siapa yang mempengaruhi mereka.
(˘_˘")



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...