Visitor

5.9.12

kad kahwin

satu hari ketika rehat.ada sms masuk.kakak gua rupanya.

rupanya dia mintak aku tolong buatkan kad kawen untuk adik aku yang bakal akan dimajliskan hujung september ni.ye.sangat pelik tak bila adik aku langsung tak participate dalam majlis kawen dia ni?heh.jangan ditanya la.kalau dah namanya bongsu lelaki dan memang sangat bongsu,dah tentu kakak dan maknya adalah manusia paling busybody dalam hal ni.busy tak.busy tak.

kakak aku suruh buatkan 100 keping.so,dalam masa yang sangat singkat ni,aku perlukan kekuatan jasmani aku dalam menyediakan kad kawen yang super sempoi dan masa yang sama tak menyakitkan telinga aku sendiri mendengar kritikan sesiapa saje dalam keluarga the Jaafar nanti.maksud aku takde la ada yang komen,

'tulisan kecik.susah orang tua nak baca"
"peta kecik.nanti orang tak sempat nampak kedai mana,simpang mana"
"jamuan makan tu ejas betul-betul.kang orang datang makan awal,mula la terkial-kial baru nak hidang"
"tak payah banyak sangat letak title haji.nama je senang"

letih tau.
itu pengalaman sendiri masa buat kad kawen sendiri.berkali-kali pergi kedai kad kawen suruh tukar itu ini.kad yang aku buat sendiri pulak berkali-kali aku edit dan reprint.letih sungguh.

so,kali ni dengan berbekalkan contoh kad kawen lama aku dulu,aku buatkan kad kawen adik aku yang sangat sempoi dan aku rasa tak sakit mata menenungnya.itu pada pandangan aku la.pandangan orang lain yang membaca nanti aku taknak amik tau.




ini yang aku buat taun 2008 dulu.
memang tak moden la.
kali ni pun takde la moden sangat tapi takde la bunga-bunga ni bhai.
adik aku ngan adik ipar aku rockers.macam tak kena plak nak berbunga sakan.nak carik pattern yang rock sangat nanti marah dek bapak aku pulak.ingat nak gak letak gambar rolling stones ke,myspace ke (diaorang bertemu di sini) tapi series wey,aku kena amik berat hal kesensitifan abah aku gak.haihh.

sudahnya aku guna butterfly theme.


bagi cover aje la.itupun tak siap lagi.
nanti dah siap aku tunjuk la.siap invite korang lagi.tunggu projek gua siap dulu.



p/s : target aku sebenarnya nak buatkan guestbook untuk majlis adik aku nanti.tapi bila kakak aku suruh tolong buatkan kad,maka cancelled la plan aku tu.buat kad aje la..

p/s/s : kakak aku tau-tau je aku memang suka buat keje gini.hahahaihh..







٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...