Visitor

21.6.11

tikus

hebat aku di rumah semalam.


pagi aku bangun tido,aku dengar bunyi siulan kecil.aku ingatkan ada balak balak macho mengorat aku,tapi tak pun.aku perasan.sebenarnya tu bunyi tikus dalam rak gas.


aduyaii.datang lagi tikus ni.biasa datang time aku pregnant je.hah,bermusim kan?sebab kata encek ejang,dia selalu tak dapat nak kill!kill!die!die! natang ni sebab aku preggie.oh ye?time pregnantkan haifa dulu bukan ke abang tolak tikus tu ke dinding pastu sayang spray muka dia pakai ridsect?..pastu kita ikat dia dalam plastik dan letak dalam tong sampah.pfftttt...

semoga Allah mengampunkan segala dosaku.niat aku bukan nak aniaya dia tapi sebab dia lalu time rifdi mandi.menjerit anak aku time tu tau!


eh.jauh plak aku terkenang.


berbalik pada kisah semalam.aku pun terus amik perangkap.ni bukan perangkap yang tikus makan terus kepit dan mati katak tikus kat situ jugak.ni jenis perangkap dia masuk pintu tertutup tu.aku letak umpan ikan kerisi goreng.sedap tu tahu.jangan nak memilih nak cheese plak.bersyukur la sket.so,pastu aku biarkan.


masa encek ejang bangun nak mandi dia tego apehal kan?aku pun sembang la.kencang jugak.pastu dia komen sambil tendang tendang perangkap tu.tertutup.eh?ikan dah takdek..kata encek ejang, nak tangkap tikus ke nak bagi makan ni?letakla besi penyangkut tu sipi sipi je.salah ni.ceh!jadi loser jap.


encek ejang gi keje.aku try plak letak daging nasik kerabu aku.wahh.hebat kau.taknak kalahh.okay,sebenarnya daging tu liat.aku kunyah kunyah tak hancur,aku sedekahkan la buat umpan.nampak pengotor tak?..haha.biarlah.bagi tikus je punnnnn.


dan aku biarkan lagi.


masuk petang,camtu lagi la bergayut daging tu.
nak mandi,aku jenguk pun..tak jadi pape pun.
nak masak tengok lagi..pun takdek ape ape terjadi.


malam.lepas aku layankan dvd The Sorcerer's Apperantice, aku pun masuk bilik.biasa la,nak tido.encek ejang pun dah slow slow kunci pagar rumah,kunci rumah,tutup lampu ape semua..


baru je nak baring tetibe.."PAPP!!"
hoh.ape tu?macam berdebar la plak kami ni kan.kuat plak tu.


"haaa...tikus.tikus.."
encek ejang kuar bilik dan yes!


betul jerat dah mengena.okay.lega tahu aku.


pagi tadi,encek ejang bawak perangkap tu keluar.letak dalam longkang sambil tengok tengok dalam 'sangkar tikus' tu.


"heyy.ni kenapa ada biskut ni?".tanya dia.
sambil sengih sengih aku pun jawab,
"sian kat dia lapar.sayang bagi la biskut.tapi eh,tikus tak makan biskut ek?"


encek ejang pandang aku, tajam.
"ingat ni binatang peliharaan ke?..takdenya dia nak tolong awak masak.."


hahaha.sampai ke situ dia pikir.
tapi terasa hebat betul aku.first time tu buat perangkap untuk tangkap tikus.hahaha.


***************************************
kemain lagi nak cheese cake.aku trap kau kang!..
*tunjuk hebat*
dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...