Visitor

12.10.11

chaos

mata dah semakin membentuk mata panda.

hoi.saya dd.bukan mata je panda,saya juga berbadan panda.

mana taknya (bukan merungut),dah masuk 4 malam haifa tidur tak lena dalam baby cot.tido pukul 10pm dalam buai,pastu angkut dalam baby cot.jam 12am nanti mesti bangun nangis.ribakan haifa dan sumbat susu,pastu selamat tidur kembali.masuk balik dalam baby cot,jam 2am mesti bangun balik.nangis nangis takpun bangun berdiri dari dalam baby cot tu dan nak sentuh aku.buat susu lagi dan tidurkan macam tadi.ulang balik cerita yang sama dan tak sampai 2 jam lagi dia akan bangun semula.percaya la.

kadang kadang bangun jam 6am tu,memang aku angkut sekali haifa masuk bilik iron.hah,temankan la ibu kau yang sememeh ni iron baju.dia pulak dah galak semacam dapat segala bear,toys sebab temankan aku dalam  bilik tu.bila aku mandi,dia pun senang lenang tengok tv7.layan hi-5!
hahah.

itu kisah haifa.belum lagi kisah rifdi.
rifdi pulak peel-nya suka tidur after 11am.tak kisah sangat sebab dia before this memang tak banyak karenah.hal dia,bawak segala jentera dia atas katil,takpun one of jentera tu,layan dvd cartoon dia,mintak 'shou' (susu) dan baring atas katil.bosan nanti dia turun kacau aku,ajak bukak 'etop' (laptop).kalau aku rajin,aku bukak aku layan game dengan dia.kalau aku busy nak lipat kain bagai aku pun kuar ugutan "ibu banyak keje la rifdi.nanti ibu kurung dalam bilik hijau (bilik iron) nak?".terus dia say "no! no!" pastu blah sambung tengok cartoon balik.pastu tido sendiri.kadang kadang dia panggil aku ajak tido sebelah dia.okay.yang ni aku suka tapi abah dia plak tak suka sebab sorang sorang tengok tivi. -_-"

itu kebiasaannya la.

tapi sekarang ni kalau haifa menangis pepagi buta tu,rifdi pun dah terikut bangun jugak.dahla tido lambat,pastu bangun pulak.adeh.sedang susukan haifa,rifdi nangis nakkan susu jugak.abahnya la yang bangun buatkan susu.makanya,the two of them were all cranky setiap kali bangun tido.chaos pepagi buta!hadoii.

yang aku tak tahan sebab badan aku sakit sangat sebab asek bangun-tido-bangun-tido tu la.memang kalau ikutkan badan aku ni tak cukup rest!tapi takkan nak biarkan anak anak melalak je.kena la menjalankan tugas macam biasa.encek ejang pun takde la buat tak tahu.dia pun turut serta dalam tragedi di kala pagi ni.kebetulan pulak 2 minggu ni kitorang sibuk dengan audit yang tak henti henti.maka,no more tidur siang weh!nak harapkan tido malam,memang tolak campur tolak,dapat 2 jam je yang betul betul rest!pheww.

muka aku pun dah rasa macam wujud anasir anasir jahat macam jerawat batu bata.kulit dah tak sepersis model dah.mata pun dah wujud lingkaran gelap aka mata panda.kena pakai garnier macam lisa surihani la.eh.tetibe je.

oh.dan pasal haifa tu kan.setelah 4 pagi aku dan encek ejang mengalami keadaan di mana tidurmu tidurku hanyalah sementara ni,rupanya baru hari ni aku dapat kesan ape sebab dia tak bleh tido dengan lena.aku agak aje la kan sebab aku kan ibu dia.aku rasa dia sangat cranky tu adalah disebabkan ...

selsema akibat perubahan bulan!

yeah.maybe la sebab pagi tadi kerap terbersin sampai berbelon belon hingus keluar dari hidung.kasihan betul.bersememeh muka anak gadisku itu jadinya.sudah la abangnya pun sekarang ni setiap pagi dah bersememeh macam tu,sekarang adiknya pulak.peh.

betapa tak cranky super double trouble ke?

chaos.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. SUPERMAK!...letih layan time kecik je,..dah besar nanti biar diorang letih layan ko pulak,..nanti suruh diorang baca belog ni....hekhekhek..biar diorang tau, kasihnye ibu....

    ReplyDelete
  2. haha.yelah.lepas ni bila semua dh besar mula rindu nak ada yg kecik pulak ye.haha :)

    moga moga dah besar nanti semuanya dpt jadi anak yang hormat orang & soleh.amin.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...