18.10.11

sentimental value

semalam panjang lebar aku membebel pasal bilik aku kat rumah kena renovate dengan abah aku kan.

ok.kisahnya,masa aku balik tu aku tengok barang barang dalam bilik aku abis kena angkut keluar.almari masa kawen tu tak pasal pasal jadi hiasan ruang tamu.dan meja solek juga.tak pasal pasal jadi penyambut tetamu kat depan tu.nasib baik semua berkeadaan baik lagi.kalau tak,malu muka je kalau orang tau tu perabot bilik i.

sempat jugak la tangan gatal ni menggodek segala barang yang terkeluar tu.dan paling best penemuan yang aku dapat adalah ini!..haha.siap bawak balik ke jerantut lagi kaww.


gambarajah di atas adalah sebentuk buku lagu kepunyaan saya.-_-"

hehe.gigih betul zaman dulu.siap bleh buat satu buku lagu lagi.dengan buat cover sendiri, pastu siap bleh lukis goku lagi.tengok betul betul dah macam cover dvd plak dah.punya la kreatif dan takdek keje.masa tu konsep adalah 'music in my book'.peh.jangan memain.


cover adalah mereka yang awesome seperti Oasis, Kurt Cobain, Blur, Limp Bizkit, Linkin Park, No Doubt, Green Day, Eminem, Alicia Keys & Foo Fighters.kucing pun ada?haih.

lagu lagu dalam tu jangan cerita la.kebanyakan adalah lirik lagu Oasis, Green Day, Cake, Radiohead, No Doubt blablabla..ramai gile lah.lagu oldies seperti Oh Carol, One Way Ticket, The Young Ones pun ada!pehh.rajinnya la aku masa ni.

aku tak sure aku start ada buku ni zaman bila.seingat aku la,rasanya masa form 4 - form 5 la kot.tapi ni second version sebab buku pertama aku kena rampas dengan warden garang tapi comeynyaaaa iaitu cikgu marlini.haha.memang sadis kalau diingatkan.

tapi yang paling best sebab gigih betul menulis handwriting.ohsem betul!

Radiohead - No Surprises

series rasa nak nangis dalam hujan bila bukak buku ni.tengok balik tulisan rasa macam pehh.smartnya kau.tak seperti sekarang.macam tulisan kaki!

paling rasa nak menitis airmata bila tulisan dia ni pun ada!

Guns N Roses - Estranged
by Rozaini Ali!
cool lah!
rasa nak balik semula zaman dulu.
if i can turn back time lahh.heh!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. Lambat pulak terkomen.. T_T'

    Aku jua sedih, sebab segala koleksi aku zaman dahulu kala turut dimakan anai-anai. Yea, handwriting ko pun banyak...hehhe

    p/s : Estranged by Guns & Roses...ehheh

    ReplyDelete
  2. haha.kelakar plak tp penuh dgn memori.

    p/s : hahahah.sengal betul aku..!!!

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST