Visitor

17.5.12

chaotic kiddos #3

hari-hari yang makin pening dan serabut.
balik rumah pun asyik nak marah anak je.entah kenapa la aku sekarang ni.dahla kuat bertekak.emosi entah apa-apa la.cuba bertenang dd.

maybe anak-anak dah besar.makin pulak banyak perangai yang super awesome.baru-baru ni tengah syok mandi,tetibe dengar rifdi dengan haifa menangis.haii..dalam kepala aku apehal la bebudak ni.bergaduh ke.cepat je aku siap-siap nak tengok apa jadi.

rupanya haifa dah kena kurung dalam bilik tengah dan rifdi menangis depan pintu bilik aku.haifa punya meraung jangan cerita la,tapi sambil tu dengar jugak dia main lori dia tu.aku pun tanya encek ejang pasal apa ni?

cerita dia macam ni.

rifdi nak air soya.dia keluarkan dari peti dan tunggu encek ejang tuangkan dalam gelas.dia letakkan atas meja.haifa yang tengah sronok main bekas bucket kfc dengan patung buzz (toy story) ni pulak pergi panjat kerusi dan ambik kotak air soya tu dan tuang dalam bucket tadi sampai habis.then,dia celup-celupkan buzz ni dengan jayanya ke dalam air soya tu.
-done

patut la encek ejang marah sangat.sampai tak sempat nak kejar dah andaikata ketiga-tiganya buat hal.eh,hasya pun kena jugak ye buat hal?tak.sebenarnya hasya lebih kepada menangis je.dia tak pandai buat pasal lagi.

biasa la tu.itu baru skejap je aku pergi mandi.cuba kalau dia ganti tempat aku yang kena jaga dari pagi sampai diorang tido malam,hah.merasa la jadi the flash yang kena laju buat segala kerja.hehe.takpe la.itu la dugaan beranak ramai.tu pun kemain lagi ada hati nak menambah lagi.tapi bukan waktu terdekat ye.sabauu.

anak-anak.jangan notty notty ye.





# credit to encek ejang
*tercurik dalam henpon abang.sorry.heheh.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...