Visitor

25.5.12

dialog

alhamdulillah semalam selamat menggantikan puasa yang tertinggal Ramadhan lepas.eleh.sehari je pun.tu pun sebab kena minum air gula time pregnantkan hasya taun lepas.yang score sangat tu rasa sebab puasa time kena ke kursus.yeah.semalam aku ke Kuantan.ada taklimat waterproofing.entry yang wujud semalam adalah auto-post.so,jangan nak pelik sangatlah lokasi aku semalam ye.

sebab gerak pepagi hari semalam,maka tak sempat la anak-anak tengok muka ibu dia semalam.so,bila petang diorang sampai kat rumah,bersorak-sorailah masing-masing sebab dapat jumpa ibu.terutama sekali abangnya lah.sampai tersengih-sengih peluk aku,macam la aku pergi kursus lama benar.rindu rupanya.ingatkan buat tak cara je.*errr..touching jap.

okay.kisah arini adalah pasal aku dengan encek ejang yang suka sangat main soal-jawab dengan budak-budak ni.paling kuat bertanya adalah encek ejang.

(dialog sekadar bertanya dan bergurau ye.jangan banyak cengkadak nak komen aku ngajar tak betul ke hape)*amaran awal pada yang rajin kata aku ngajar anak tak betul.

abah : abang.abang anak sape?
abang : abang anak abah.
abah : abang.muka abang macam sape?
abang : muka abang macam ibuu..

hahah.

abah : adik haifa anak sape?
abang : adik sha anak ibu
abah : adik haifa macam muka sape?
abang : adik sha macam muka abahhh..


kadang-kadang rasa kelakar jugak budak-budak ni.main sedap cakap je.paling aku suka time encek ejang suruh anak-anak dia cium pipi.

abah : abang.sayang abah jap.
rifdi pun cium pipi encek ejang.
abah : cakap apa?
abang : sayang abahh.

lepas tu dia suruh haifa pulak.

abah : haifa.sayang abah.
haifa pun cium jugak.
abah : cakap apa?
haifa : abah!

.....haha!memang comel :)



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...