Visitor

29.5.12

sup cendawan mudah

Aku dapat resepi ni dari member kamceng zaman keje kat gebeng dulu, maslia.dia kata ni la menu selalu dia buat untuk anak dia bawak bekal ke nursery kat kl nun.kira antara menu terpantas dan termudah beliau la.kebetulan anak-anak aku memang suka makan mushroom soup,maka aku pun try jugakla.buat sendiri lagi bagus,takde perasa dan pewarna tiruan.hasil tangan ibu lagi.


Resepi Sup Cendawan Mudah

Bahan :
Isi ayam (dicincang halus)
Cendawan butang (dicincang halus)
Susu segar
Tepung gandum (untuk pekatkan kuah)
Garam

Cara :
#1. Reneh ayam cincang sampai mendidih
#2. Masukkan cendawan butang yang dicincang tadi.
#3. Tuang susu segar perlahan-lahan dan kacau.Masak hingga mendidih.
#4. Bancuh tepung gandum dengan air dalam bekas berasingan.Tuang bancuhan tepung tersebut dalam sup perlahan-lahan.
#5. Kacau dan isi garam secukup rasa.
#6. Hidang.


kalau sorang-sorang makan memang hadap tak bagi nak kongsi.




aku buat ni rupanya tak cukup,budak-budak ni menambah,nak-nak rifdi.aku dengan encek ejang sampai berkongsi dua.nasibla kan.dah kata nak merasa sebab encek ejang nak gi kenduri rumah jiran lepas tu.aku plak nak hadap lauk ni.bahasa tekak melayu.melayu pahang pulak tu.


pehhh.terasa-rasa lagi tempoyak dia.pehhhh...



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...