Visitor

24.5.12

jangan kacau!!

pesen anak-anak aku kalau 'membuang' semua bawak diri tetiba.misal kata tengah syok layan tv tetibe rifdi lari ke belakang sofa.takpun haifa tetibe pergi ke dinding antara dapur dan ruang tamu rumah.itu memang port faveret masing-masing.

lepas tu kita tak boleh lalu atau datang kat diorang.mesti diorang akan jerit marah "jangan kacau!!".

itu tandanya memang diorang nak fokus untuk 'proses' seterusnya.so,sape-sape yang kena sound camtu memang automatik tak kacau.biarkan ajela sampai siap.blah dari situ dan buat kerja masing-masing.
baiklah.itu kisah mereka.sekarang kisah aku pulak.

baru-baru ni encek ejang pergi rompin sebab memancing.so,tinggal la aku dengan bebudak ni kat rumah.nak dijadikan cerita aku ni tersangatlah sakit perut.macam biasa kalau dah keadaan camtu aku pesan kat rifdi;
"rifdi jaga adik.ibu sakit perut.kalau adik nangis ketuk pintu okehhh".

dangg!aku bergegas tutup pintu.tak payah citer la apa aku buat.

sedang syok,tetibe dengar haifa nangis.tak lama rifdi datang ketuk pintu toilet.

"ibu!ibu!adik sha (panggilan rifdi pada haifa) buat abang!".
aku senyap je.
"ibuuuuuu.adik sha buat abang!".
malas betul nak layan.

haifa pulak masih menangis.memang dekat depan pintu jugak.
"iiiii..buuuuu!!..adik sha buat abangggg!".

adoi la.bising pulak bebudak ni.dahla belakang rumah aku tu aku dengar tengah bertukang renovate rumah.
rifdi masih menjerit-jerit panggil aku.haifa plak masih tak berenti nangis.

tensen.last-last aku laung, "JANGAN KACAU!".

terus senyap.terus dua beradik tu blah ke depan dengan senyapnya.
dalam hati aku pun terus berkata;

"perghhh.dah macam budak ni jugak aku rupanya.".





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. macam-macam.
    kadang-kadang ibu ngan abah dia plak yang terikut peel diorang.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...