1.6.12

Men In Black 3



aku bukanlah follower Men In Black yang tegar sebab cerita sebelum ni pun aku dah ingat-ingat lupa.

tapi sebab baru-baru ni ada peluang untuk tengok,maka apa lagi.bak Raihan,"gunakan kesempatan yang masih diberi agar ia takkan menyesal..".oh.salah guna lirik.maaf.

berbalik pada cerita Men In Black 3 (MIB 3) tadi.kali ni aku tengok 3D okeh.actually sebab tegar adalah nak kejar masa.tiket 2D dah penuh.nak tunggu next show memang makan masa maghrib la.jadinya kita guna apa yang ada.3D pun 3D la.

Watak MIB kali ni masih lagi dengan Agent J dan Agent K.kolaborasi tak normal yang pada aku tetap best.sorang yang bising gila dan sorang lagi yang nak senyum pun tak reti.


bleh tahan jugak Agent K masa muda.
iras jugak Tommy Lee Jones tu.

cerita dia biasa la.dah tentu pasal memburu alien yang bermaharajalela kat bumi.tapi kali ni watak jahat utama adalah Boris the Animal yang terlepas dari penjara LunarMax yang terletak di bulan.dia diselamatkan oleh awek dia lakonan Nicole Scherzinger yang perghhhh..bergegar kek dan ehem ehem.

so,perjalanan cerita sebenarnya Boris ni nak balas dendam pada orang yang telah tembak tangannya sampai hilang tangan kiri dia iaitu Agent K ni tu la.so cara dia membalas dendam adalah patah balik pada zaman 16 July 1969 tu dengan mesin masa dan bunuh Agent K.

Jadi,sebab rasa tanggungjawab sebagai crime partner,Agent J ni ambik keputusan untuk tolong Agent K.dia pun pergi jugak ke tarikh sebelum Agent K dibunuh untuk betulkan keadaan.

haaa..agak pening tak?cerita MIB kali ni pada aku memang best.maybe sebab pengaruh 3D kot.gila gayat masa Agent J tu terjun bangunan.terasa aku sekali terjun dengan dia.tapi kalau dibandingkan dengan cerita sebelum ni,cerita kali ni kurang aksi.kali ni cuma kena rajin memikir dan flashback.

watak Agent O masa muda sangat cantik.


yang perempuan tu ye.bukan lelaki.


apapun korang mesti tengok.paling mesti adalah dengan bantuan spek 3D.

ohye.iklan sebelum cerita ni adalah Spiderman 3D.gile kau.aku terasa macam aku sendiri yang jumping dari satu bangunan ke satu bangunan lain.memang syoklah.hero pun kiutlah.ekekeke..


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. aku tengok haritu 2D je...
    tapi Gold Class. hahahaha
    rabak!

    ReplyDelete
  2. hahah.takpe la.janji ko tengok.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST