8.3.11

10 Perkara Annoying Dalam Facebook Bagi Puan dD

aku rasa la kan,anak anak muda yang celik IT sekarang ni sume ada facebook.jangan kata anak muda aje la,bapak tua,nenek tua pun ada jugak.


dan perasan atau tidak,kita semua akan jumpa beberapa perkara yang annoying time melusuri laman sosial tersebut.*peh ayat skima mengalahkan guru bahasa melayu.dan secara sedar atau tidak,kamu-kamu-dan kamu termasuk tuan badak badan ini juga turut terbuat menda yang annoying atau menjengkelkan dalam fb.ehh.aku buat jugak ye?hahah.


apakah perkara yang pada aku sangat annoying tersebut?





  • menulis status di fb macam tulis sajak - nampak macam kau puitis sangat,tapi sebenarnya lirik lagu.deyy,kalau rasa nak berkarya baik tulis dalam blog.at least,taklah menyampah sangat aku kalau bukak 'home', rasa nak terbeliak bijik mata aku tengok status kau yang panjang dan dilimpahi dengan komen komen 'sahabat sahabat' kau yang rata ratanya puji kau sangat hebat.ohhh..
  • tulis status guna shortform / bahasa 'w' - ko paham tak kalau dapat wall post tulis camni? "hey!akak at new now?itew na dtg umah akak laa". memula aku biarkan dulu.pastu tak sampai hati.nak sms aku taktau nombor dia.nak aku reply via wall tu kang malu pulak tak paham bahasa.last last aku message aje.o,rupanya dia tanya aku kat mana sekarang.dia nak datang rumah aku,nak pinjam buku.euwwwwwwww...
  • berbalas mesej sesama suami isteri walaupun duduk serumah - yang ni pun aku berbulu.pulak yang jenis nak ber-ailebiyu-yulebme.woitt,public ni bangang!kotye pun nak menunjuk kau org hubby-baby paling bahagia tak payah la sangat nak bagi orang lain muntah tatkala membaca status dan komen kau orang tu.dan kadang kadang yang tak bleh blah bila ada pulak kawan yang komen 'korang ni sweet sangat'.'korang ni romantika di amoy betul!'.eh,sepanjang encek ejang ada akaun fb ni,kalau aku tegur dia dalam fb,harammmm dia nak layan tau.sebab apa,dia kata kat aku 'tak ke nampak menjengkelkan?'.yelah.memang jengkel.
  • sehari 24 kali update status - aku tau korang pakai blackberry, iPhone, takpun android.boleh fourthsquare dengan menceritakan segala detik ape yang korang buat.aku bleh bagi contoh camni je. 10 jam lepas -'dah lama tak jumpa hubby.miss him so badly'. 9 jam lepas - 'hubby call ajak kuar dating.omg,bestnya'.8 jam lepas - 'tengah siap2 nak kuar dating ngan hubby'. 7 jam lepas - 'yeyy.hubby bawak gi tengok wayang citer kabi kushi kabi gam'. 6 jam lepas - 'hubby ajak clash.wuwuwu..'. argghhh!!!pening!pening!
  • ayat memang nak tunjuk kau high class - 'baru lepas makan cekodok di Palace of the Golden Horses'. takpun 'baju paling cikai aku pakai pun MNG'.goshh.aku tau hang kaya.janganla bikin sahabat handai korang yang lehebet ni meleleh airliuq!
  • bagi gift 'maya' kat semua member dalam friendlist - bukan tak menghargai.tapi kalau sehari dapat macam macam 'gift' yang tak wujud tu,peliss lah!bosan kau tau aku nak ignore-block sume menda tu.kalau menda tu wujud,aku tak la rasa annoying tau dak?
  • ajak orang join group atau LIKE page - kalau aku suka aku tak kisah.group kelas,alumni..gua takdak hal beb.tapi kalau menda yang bukan bukan macam kena LIKE page orang aku tak minat,what for?pastu kena plak ada yang ajak join group 'kami tak suka fasha sandha'.oh well.aku tak suka pun aku tak join group camtu.bodoh tau tak.ingat kita ni bagus sangat sampai nak buat persatuan menda menda tak berfaedah cenggitu?dosa dapat!
google
eh.macam yuna la pulak aku tengok.
  • ajak aku main game macam diorang - aku rasa nak dekat 3-4 kali jugak aku sound friends yang suka invite aku main game dalam fb.maafla.malas nak buat ayat ulangan, 'aku tak suka main game dalam fb sebab internet umah selow macam siput godang dan internet opis langsung kena block!'.hah,pueh hati?takpe.kalau aku nak main game,kat umah aku ada ps2.nak lawan?meh la.aku ok aje.
ni bukan ps2 aku.ini yang pakcik google punya.
  • kerja tag-mengetag dalam menda tak pasal - kalau member member tag aku dalam gambar yang aku wujud,ada,terlibat..i care.tapi kalau gambar tong gas pun nak tag aku,memang rasa nak makihamun je kat member tu.nak nak kalau yang ajak join MLM,skim cepat kaya,pastu shopping barang yang aku sendiri taktau..duhh!memang bengang rasanya. tapi sebab aku orang baikbaik,aku pesan je dalam status 'sila jangan tag saya kalau benda tak berkenaan'.akhirnya semua clear.tapi ada pulak yang memandai mandai tag aku kalau nak wish something.bila on fb tengok,notification punya la banyak.padahal aku tak kenal sape2 pun.last last,kalau aku dapat, aku remove tag je.heh!
  • sekali LIKE,notification berlambak - hah.yang ni pun melibatkan notification jugak.camni, kalau aku sukakan status seseorang tu,aku taktau nak komen ape,aku just klik LIKE je.pastu aku pun off fb.dua hari lepas tu,aku bukak fb,sekali tengok notification mak aihhh!!!berlinang airmata aku kerana sesal tak sudah klik LIKE.eh,korang paham tak?





omaigod.aku rasa cukup la setakat aku senaraikan top 10 ini.nanti kang ada plak yang sound suruh aku remove aje la akaun fb kalau dah sume menda tak betul je.aku cuma nak kongsi sebab ada jugak kawan yang sama dengan aku,rasa perkara perkara di atas sangat 'annoy'.

pada korang?wajar ke tak menda menda ni terjadi dalam fb?
aku menyampah!!sebab tu aku jarang online fb!hahah!

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

3 comments:

  1. aku penah join 'i hate fasha sandha'...hahha...

    aku juge penah nak buat entry yg seakan-akan cite ko ni,...tapinya sehingga hari ini ianya masih tersimpan dalam draft je,...hehehe...

    ReplyDelete
  2. ala rock..aku buat contoh aje.jangan terase.auwww..haha

    apesal ko tak klik je button publish.bleh kongsi sama2.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST